Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sikap Boros Rosmah Dilaporkan Pula Suratkhabar Taiwan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sikap Boros Rosmah Dilaporkan Pula Suratkhabar Taiwan

Datin Seri Rosmah Mansor terus menjadi bahan berita kontroversi akhbar luar negara. Kali ini perangai boros beliau berbelanja mewah sehingga hampir 200 juta dilaporkan dalam sebuah akhbar harian di Taiwan.

Dalam masa 8 tahun, akhbar itu melaporkan, Rosmah berbelanja sehingga kira-kira 200 juta menggunakan kad kredit untuk membeli pelbagai barangan mewah.

Ini terjemahan yang diberitahu kepada blogger Milosuam oleh salah seorang kawannya yang berbangsa Cina.

Apa yang aku faham dalam laporan tu pada tajuknya ada tulisan nombor 2 (aku anggap ada kaitan dengan terjemahan 200 juta) dan ada tulisan nombor 8 (aku anggap ada kaitan dengan terjemahan 8 tahun).

Selain itu, aku nampak ada 4 kali laporan itu tulis perkataan ‘1MDB’ dari situ aku faham, tak ada lain laporan akhbar Taiwan ini tentu ada kaitan dengan skandal 1MDB dan kleptokrasi Najib Razak.

Selain itu, aku juga buat semakan kadar tukaran matawang aku dapati nilai 200 juta itu adalah dalam kiraan matawang New Taiwan Dollar yang bersamaan dengan USD6.487 juta.

Maka aku dapat simpulkan bahawa ini adalah kisah yang disiarkan oleh Wall Street Journal (WSJ) sebelum ini yang mendedahkan Rosmah shopping sakan USD6 juta guna duit 1MDB.

Ini bukan kali pertama Datin Rosmah dan Najib menjadi bahan berita kontroversi akhbar-akhbar luar negara yang melaporkan skandal dan rasuah pasangan ini, malah sudah berpuluh kali perkara seperti ini berlaku.

Namun seperti biasa macam dulu-dulu juga. Najib dan Rosmah akan terus buat bodoh, kata nak saman WSJ hari selasa, tapi sampai ke hari ini entah sudah hari selasa ke berapa pun aku tak ingat dah.

Benda betul, mana berani nak saman, kalau Najib saman akhbar luar negara seperti WSJ, jawabnya lebih banyak skandal dan rahsia beliau bakal terbongkar ketika perbicaraan di mahkamah.

Dan memang itulah yang diharapkan oleh WSJ, mereka tertunggu-tunggu dan tak sabar-sabar untuk menerima saman daripada pihak Najib supaya lebih banyak rahsia najib terbongkar di mahkamah sekaligus mereka boleh melaporkannya dan melariskan akhbar.

The post Sikap Boros Rosmah Dilaporkan Pula Suratkhabar Taiwan appeared first on Atas Pagar – Isu Semasa & Politik Malaysia.





Sumber : Siakapkeli

P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.