Aplikasi YouTube Kini Menyokong Dwi-Tap Untuk Menggerakkan Video Ke Depan Dan Ke Belakang
Menurut statistik lebih banyak video YouTube ditonton menerusi peranti pintar berbanding komputer desktop dan televisyen. Saiz skrin peranti yang semakin besar membuatkan menonton video menerusinya semakin kurang canggung berbanding zaman skrin 3.5″ suatu ketika dahulu. Sungguhpun begitu aplikasi YouTube masih mempunyai beberapa kekurangan yang nyata.
Sebagai contoh sukar untuk menggerakkan susur masa pemain video menggunakan jari. Tatalan hanya beberapa milimeter boleh menyebabkan video bergerak sehingga seminit. Aplikasi YouTube untuk iOS dan Android baru sahaja dikemas kini dengan fungsi baru dwi-tap.
Apabila video ditonton secara skrin penuh, dwi-tap pada bahagian kanan akan menggerakkan video 10 saat ke hadapan. Dwi-tap pada sebelah kiri pula akan menggerakkan video 10 saat ke belakang. Ini fungsi yang amat berguna untuk menonton video jaringan gol bola sepak dan video tular kegemaran.
Sumber : Siakapkeli
P/S Kami muatkan beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Jangan lupa untuk Like & Share! 😍 💕
Post a Comment