Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita Ini Beli Kubu Pertahanan Perang Dunia Ke-2 Berusia 73 Tahun..Selepas Diubah Suai Hasilnya MEMERANJATKAN !!! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita Ini Beli Kubu Pertahanan Perang Dunia Ke-2 Berusia 73 Tahun..Selepas Diubah Suai Hasilnya MEMERANJATKAN !!!

Wanita Ini Beli Kubu Pertahanan Perang Dunia Ke-2 Berusia 73 Tahun..Selepas Diubah Suai Hasilnya MEMERANJATKAN !!! |Pada zaman perang dunia kedua, adalah satu kebiasaan untuk melihat kubu pertahanan dibina di bawah samaran lanskap tumbuh-tumbuhan yang indah. Taktik ini kebiasaanya digunakan pihak Britain untuk mengaburi pasukan tentera Nazi yang berlegar-legar di ruang udara mengawasi mereka.

Salah satu kubu pertahanan berkenaan adalah seperti yang ada di Cornwall, Great Britain. Kubu pertahanan bawah tanah ini dibina pada tahun 1942 dan diawasi 24jam sehari. Ianya memainkan peranan penting di dalam usaha menewaskan tentera Nazi.

Tiada yang menarik tentang seni pembinaan kubu ini, ianya kelihatan terabai walaupun pada zaman perperangan dahulu sewaktu ia baru dibina.

Tetapi kini, kubu pertahanan tersebut tampil berwajah baru.

Setelah berdekad-dekad lamanya kubu ini dibiarkan terabai, Elizabeth Strutton telah membuat keputusan untuk membelinya dan menjadikan tinggalan sejarah ini menjadi sebuah rumah yang tersergam indah.

Walaupun kubu ini kalis bom, penghuni-penghuninya harus sentiasa berhati-hati pada zaman perperangan dahulu kerana ianya sering dijadikan sasaran pihak Nazi.

Apabila perang berakhir, kubu berkenaan dikosongkan tidak berpenghuni sehinggalah Elizabeth membelinya.

Elizabeth membeli tinggalan sejarah tersebut pada harga $200,000. Dalam masa 5 tahun selepas itu, dia membelanjakan lebih kurang $150,000 untuk menambah baik ‘rumah’ barunya ini.

Walaupun jalan masuk kubu itu dicat baru, Elizabeth tetap mengekalkan rupa asal kubu tersebut.

Unit ini digunakan untuk mengawal peredaran udara bagi pengalihan udara yang baik.

Elizabeth menjelaskan mengapa dia memilih untuk tinggal di kubu ini kepada akhbar the Daily Mail, “Ianya sebuah kubu yang ajaib. Anda berada di hujung dunia dan tinggal di dalam sebuah bangunan tinggalan sejarah. Saya sangat yakin kini saya memiliki rumah yang terbaik di dunia.”

Transformasi ruang yang dilakukan di dalam kubu ini kadang-kala sukar dipercayai. Kerja-kerja pengubahsuaian telah menjadikan kubu terbiar ini sebuah rumah yang selesa.

Rumah ini kini mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik mandi, dan ruang tamu yang luas. Walaupun rumah ini tidak bertingkap, “tiub matahari” dibina dari bahagian atap untuk membekalkan cahaya semula jadi ke dalam rumah ini.

“Proses pembinaan semula rumah ini sangat sukar. Ianya tidak pernah dilakukan sebelum ini dan para pembina dan pereka juga berhadapan dengan beberapa masalah yang tidak dijangkakan. Proses pembinaan memakan masa dan wang yang lebih daripada yang dijangkakan,” jelas Elizabeth lagi.

Walaupun kerja-kerja pengubahsuaian dilakukah pada setiap penjuru kubu ini, struktur asal bangunannya tetap dikekalkan. Kadang-kala Elizabeth akan menerima kunjungan daripada askar-askar veteran yang ingin melihat keadaan “kubu” ini.

“Beberapa minggu yang lalu, sebuah keluarga veteran perang datang mengunjungi rumah ini. Mereka memberitahu bahawa ibu mereka pernah bekerja di sini dahulu dan kini menghidap penyakit demensia. Mereka tidak percaya kata-kata ibunya tetapi apabila mereka melihat struktur bangunan ini sama seperti yang digambarkan ibu mereka, mereka terkejut. Si ibu kelihatannya sangat gembira.”

Kepentingan kubu ini dan nilai sejarahnya tidak hilang pada mata Elizabeth dan tetamu-tetamu yang melawatnya dari semasa ke semasa.

“Apabila saya tinggal di sini, saya lebih menghargai jasa tentera-tentera yang berperang dahulu. Saya merasakan ada sesuatu yang menghubungkan saya dengan mereka dan apa yang mereka lakukan dahulu. Ianya sesuatu yang saya tidak mahu lupakan dan ianya juga antara perkara terbaik tentang tempat ini.”

Tambah Elizabeth lagi, “Kadang-kala kita harus meneruskan hidup kita dan meninggalkan perkara lampau, tetapi saya benar-benar boleh tinggal di sini buat selama-lamanya. Ianya sangat indah dan istimewa.”

P.S. 1 – Tips Berguna Buat Si Mata Empat Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – Kereta Masuk Air Banjir? Ikuti 3 TIPS Jimat Selamatkan RM3,000 Anda !!!
P.S. 3 – Inilah 7 Gambar RUPA SEBENAR Mak Lampir Yang Buat Ramai Lelaki TERPESONA !!!
P.S. 4 – Kehebatan TEKNOLOGI KETENTERAAN Kerajaan Melayu Melaka Yang Buat Kita Kata WOW !!!
P.S. 5 – Inilah 30 GAMBAR Barang Mangsa Penumpang MH370 Yang Telah DIJUMPAI..19# Paling MENGEJUTKAN !!!

The post Wanita Ini Beli Kubu Pertahanan Perang Dunia Ke-2 Berusia 73 Tahun..Selepas Diubah Suai Hasilnya MEMERANJATKAN !!! appeared first on KITA VIRAL.



Sumber : KITA VIRAL http://ift.tt/2lb3j6G

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.