Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penduduk Di Rembau Cemas, Pertama Kali Kampung Dilanda Banjir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penduduk Di Rembau Cemas, Pertama Kali Kampung Dilanda Banjir

REMBAU: “Ini sesuatu yang tidak dijangka kerana tidak pernah alami sejak tinggal di sini 48 tahun dulu.”

Fuziah Alias, 63, antara mangsa yang terjejas akibat banjir kilat di Kampung Batu di sini berkata kejadian itu berlaku dengan amat pantas dan hanya disedari ketika bangun untuk menunaikan solat Subuh.

“Hujan sangat lebat pada masa itu seawal pukul 5.30 pagi tadi. Saya tidak sempat menyelamatkan barangan yang saya anggarkan kerosakannya mencecah RM10,000.

“Walaupun begitu, saya reda dengan kejadian ini,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

Seramai 200 penduduk di Kampung Batu dan Kampung Pulai di sini terjejas akibat banjir kilat itu yang mencecah ketinggian 0.62 meter tetapi tiada pusat pemindahan dibuka selepas air surut kira-kira pukul 10.30 pagi Isnin.

Banjir kilat itu berpunca daripada hujan lebat sejak malam tadi, sekali gus menyebabkan air Sungai Rembau melimpah.

Ainul Hasni Abu Hassan, 52, juga dari Kampung Batu berkata kejadian itu disedarinya sekitar 7 pagi.

“Ini adalah rumah mak saya dan hujan lebat berlaku antara pukul 5.30 dan pukul 7 pagi, air mula naik hingga ke paras lutut ke dalam rumah dan kami tidak sempat berbuat apa-apa,” katanya.

Bencana itu turut mendapat perhatian Anggota Parlimen Rembau yang juga Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang bergegas dari Putrajaya ke Rembau bagi melihat sendiri mangsa yang terjejas akibat banjir kilat di Kampung Batu.

Dalam lawatan sejam itu, Khairy berkata pihaknya bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat akan memberi bantuan sewajarnya kepada lebih 40 pemilik rumah yang terjejas di dua kampung iaitu Kampung Batu dan Kampung Pulau, esok.

Turut turun padang ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota yang juga Yang DiPertua DUN Negeri Sembilan Datuk Dr Awaluddin Said. — Bernama

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mOe1B9

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.