Hi! Welcome Back and Stay Tune! (5 Foto) APM Tangkap Harimau Dahan Dipercayai Baham Anjing, Anak Berjaya Lepaskan Diri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(5 Foto) APM Tangkap Harimau Dahan Dipercayai Baham Anjing, Anak Berjaya Lepaskan Diri

TANAH MERAH 24 Mei - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tanah Merah berjaya menangkap seekor harimau dahan betina seberat 50kg di Ladang Kerilla petang tadi, lapor Utusan Online.

Menurut Pegawai Operasi APM, Leftenan (PA) Mohd. Fadli Hassan, harimau yang ditangkap itu dipercayai telah membaham seekor anjing penduduk tempatan semalam.

Kata beliau lagi, tiga anggota telah dikerahkan ke tempat kejadian selepas menerima laporan dan mengambil masa kira-kira tiga jam untuk menjinakkan haiwan tersebut.

Kami menerima panggilan kecemasan mengenai kehadiran harimau itu daripada pengurusan ladang kira-kira pukul 11.18 pagi dan sampai di tempat kejadian pada pukul 12 tengah hari.

Apabila sampai di tempat kejadian, anggota kami telah mengenalpasti seekor harimau dahan yang disangkakan musang oleh penduduk sebelum ini,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan, ketika APM tiba di tempat kejadian, haiwan tersebut sedang bersembunyi di dalam saluran pembetung sepanjang kira-kira enam meter dan mendapati ada seekor lagi anak harimau di situ.

Anggota kami terpaksa memecahkan satu daripada empat saluran pembetung itu sebelum berjaya memerangkap serta menangkap harimau ini dan pada masa yang sama anggota terbabit mendapati ada seekor lagi anak harimau di situ.

Bagaimanapun anak harimau ini berjaya melepaskan diri daripada perangkap yang dipasang kerana pasukan operasi tidak menyedari harimau berkenaan bersama anaknya,” katanya.

Tambahnya, berdasarkan maklumat awam, haiwan itu dipercayai berkeliaran di kawasan estet berkenaan sejak seminggu lalu.

Harimau ini juga dipercayai menyerang seekor anjing penduduk di ladang itu dalam kejadian malam tadi." katanya.

Haiwan ini akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut,” tambah beliau lagi.






Sumber: Utusan Online



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qVOY49

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.