Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tengok Apa Yang Dah Berlaku Memang Angin, Tapi Bila Dengar Jawapan Dari Mulut Anak Terus Menyesal! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tengok Apa Yang Dah Berlaku Memang Angin, Tapi Bila Dengar Jawapan Dari Mulut Anak Terus Menyesal!

Tengok Apa Yang Dah Berlaku Memang Angin, Tapi Bila Dengar Jawapan Dari Mulut Anak Terus Menyesal!

Ini cerita bukan dibuat-buat. Dan bukan niat di hati nak buat 'derk' pada anak. Ralit buat kerja demi sesuap nasi, tetiba anak menjerit minta bantuan sesuatu.

Pusing-pusing anak dah bawa sebungkus roti, siap butter dan sebekas gula untuk makan. Lagi sakit mata, bila ditoleh gula dah berterabur kat lantai. Tidaklah semua tapi ada. Allah... ini kes lapar tetapi anak-anak faham Bondanya sibuk dengan kerja! Disebabkan terkejut, nada suara sedikit keras:

"Alaaa... nape tak cakap nak makan? Kan dah sepah!"

Tetapi bila tengok cara spontan mereka letak roti ke bawah, sebagai mak budak Hakak ni tahu anak takut maknya marah.

Lagi rasa sebak bila si Kakak laju sebut, "Sorry, Bonda... baby tak sengaja."

Hmmm... mulalah terpalit rasa bersalah. Sebenarnya anak-anak tak nak kacau Bondanya buat kerja, sebab itulah buat sendiri.

Perlahan-lahan sebagai mak budak yang penuh emosi, aku peluk anak-anak dan pujuk emosi anak.

"Lain kali cakap dengan Bonda, tau. Bonda tak marah cuma terkejut."

Terkulat-kulat mata anak-anak seolah meminta belas kasihan.

Dalam situasi ini, bukan sekali Hakak lalui situasi ini. Tetapi anak-anak macam pandai bawa diri dan berdikari. Tambah bila suami berjauhan mencari rezeki. Jadi sejak jadi 'supermom', Hakak cuba tolak ketepi soal marah tetapi jaga beberapa perkara ini:

1. Lebihkan pujian

Walau benda yang dibuat tidak seberapa bagus, Hakak puji anak. Biar dia rasa dihargai. Kadang walau anak tolong ambilkan sesuatu, Hakak siap puji dan janji nanti akan buatkan sesuatu yang dia suka makan sebagai upah. Contoh: "Waahh... dah besau anak Bonda. Nanti Bonda buat cekodok pisang petang ni." Terus sengih ke telinga sambil angguk-angguk!

2. Nak bermanja

Kadang anak-anak ini suka buat perangai waktu kita sibuk. Jadi tak payahlah lepaskan kemarahan pada anak sebab rasa diganggu. Cuba berhenti apa yang anda sedang buat dan dengar apa yang anak-anak beritahu. Ya, anak-anak memang tagih PERHATIAN daripada mak ayah. Itu lebih dari cukup!

3. Terus bagi tindak balas

Ramai ibu ayah yang suka ambil mudah bila anak panggil. Siap ada yang tenung phone lama daripada melayan karenah anak. Malah bila anak panggil, mulut jawab tetapi mata pandang ke tempat lain. Itu masalah dan salah, ya! Silalah beri layanan seperti Raja kalau anak panggil.

4. Cepat minta bantuan kalau tak mampu handle

Saat anda rasa begitu tidak terurus, mintalah bantuan pasangan. Haa... tetapi kalau berjauhan mcam situasi Hakak, boleh berhenti kejap dan fokus anak. Soal kerja kena pandai susun dan buat jadual. Seeloknya jangan buat kerja waktu anak memang perlukan sesuatu. Risau juga kalau anak buat sesuatu yang kita tak mahu berlaku. Maklumlah hidup tanpa suami di sisi.

5. Jangan sakiti hati anak

Ingat ya, apa yang kita buat anak-anak cepat ikut. Jadi tolonglah jangan tengking anak-anak sekali pun dia buat salah. Tak senang tapi memang kena beringat. Paling kita takut, bab sebut bukan-bukan. Bila kita biasa sebut marah-marah, tak pelik anak ikut apa yang kita dah buat pada dia. Nak ke anak bertukar jadi macam tu?

Jadi mak-mak, ini satu cabaran untuk kita mendidik anak dengan menjaga emosi sendiri. Elak melalut dan jangan sampai anak terabai kasih sayang kita. Moga perkongsian ini bermanfaat buat anda dalam membesarkan anak-anak.
 



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qW2jtb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.