Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib Lebih Layak Pimpin Negara – Salleh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib Lebih Layak Pimpin Negara – Salleh

KUALA LUMPUR – Perkembangan politik negara terutama ketika negara bakal menempuh pilihan raya umum ke-14 (PRU14) menyaksikan Datuk Seri Najib Tun Razak jauh lebih layak untuk memimpin negara dan bijak mengetuai gerak langkah percaturan politik pada masa ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata ini terbukti apabila perdana menteri secara lebih awal iaitu pada Disember tahun lepas telah mampu membaca strategi yang disusun oleh Penasihat DAP Lim Kit Kiang apabila menyatakan bahawa PRU14 bakal menjadi medan bagi rakyat Malaysia untuk memilih antara ‘UMNO-led government’ atau ‘DAP-led government’.

“Perdana Menteri kita dengan bijak telah membaca dan menganalisa terhadap cara permainan dan percaturan politik yang dibuat oleh parti DAP.

“Beliau (Najib) tahu bahawa Lim Kit Siang sangat takut jikalau orang Melayu tahu bahawa DAP paling berkuasa dalam Pakatan Harapan dan DAP yang buat keputusan-keputusan penting ataupun ‘last word’,” katanya dalam catatan terkini menerusi blog, sskeruak.blogspot.com, hari ini.

Menurutnya politik pembangkang sekarang menyaksikan DAP yang akan menentukan siapa perdana menteri dan timbalan perdana menteri jika pakatan pembangkang mengambil alih Putrajaya atas sebab DAP mempunyai kerusi parlimen terbesar dalam Pakatan Harapan.

“Kedudukan DAP dalam Pakatan sama seperti kedudukan UMNO dalam Barisan (Nasional), maka sebab itu UMNO duduki jawatan perdana menteri dan timbalan perdana menteri,” katanya.

Salleh yang juga Bendahari UMNO berkata atas faktor inilah maka DAP menggalakkan parti Melayu, contohnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang hanya miliki satu kerusi Parlimen, mempamerkan cita-cita mereka untuk menjadi perdana menteri.

“Ini merupakan strategi DAP untuk mempamerkan ‘Malay face’ sebagai satu propaganda politik,” katanya.

PPBM mempunyai kerusi Parlimen tunggal menerusi Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Anggota Parlimen Pagoh. – BERNAMA

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qPiHuX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.