Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bonus RM1000 Untuk Setiap Penjawat Awam Sempena Aidilfitri 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bonus RM1000 Untuk Setiap Penjawat Awam Sempena Aidilfitri 2017


KUALA TERENGGANU: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bantuan khas sekurang-kurangnya RM1,000 kepada 1.6 juta

penjawat awam sebagai persiapan menyambut Aidilfitri tahun ini. Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata beliau berharap jumlah imbuhan itu pada tahun ini lebih tinggi berbanding RM500 yang diberikan tahun lepas bagi menghadapi kos sara hidup yang meningkat dan harga barang yang tidak menentu.

"Kita tahu kalau penjawat awam tiada insentif berkenaan belum tentu pada malam raya pun boleh beli baju raya lagi. Ini satu perkara penting buat penjawat awam menjelang ketibaan Aidilfitri nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sektor Awam Peringkat Terengganu di sini hari ini. 

Katanya, beliau akan berjumpa dengan pihak kerajaan mengenai permohonan CUEPACS untuk bantuan kewangan itu bagi penjawat awam dalam masa dekat. Dalam pada itu, beliau menafikan laporan yang viral di media sosial yang mendakwa CUEPACS memohon umur persaraan penjawat dilanjutkan sehingga 65 tahun berbanding 60 tahun pada masa ini. "Itu tidak benar. Kita hanya minta naik gaji sahaja.

Kenyataan itu ternyata dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan menyebarkannya di media sosial," katanya. Tahun lalu, kerajaan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam dan RM250 kepada 743,000 pesara kerajaan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri. - BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rTWvgS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.