Hi! Welcome Back and Stay Tune! MSM patuh keputusan kerajaan untuk kekalkan harga gula - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MSM patuh keputusan kerajaan untuk kekalkan harga gula

KUALA LUMPUR: MSM Malaysia Holdings Bhd, pengeluar gula bertapis terbesar negara, menghormati keputusan kerajaan untuk tidak menaikkan harga gula bertapis.

Peneraju pasaran tersebut, dengan penguasaan pasaran tempatan sebanyak 60 peratus berkata, gula telah diwartakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Penentuan Harga Maksimum - No.2, Peraturan 2017).

Orang ramai perlu yakin bahawa MSM komited untuk menyediakan bekalan gula yang mencukupi untuk negara, terutamanya sempena sambutan perayaan Aidilfitri akan datang, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syarikat tersebut berkata walaupun terdapat penurunan beransur-ansur harga gula mentah antarabangsa, komoditi gula global beroperasi secara sukar dalam persekitaran pasaran yang tidak menentu.

"Kami terus berbincang dengan kerajaan dan sentiasa memaklumkan kepada mereka mengenai perkembangan terkini pasaran gula global dan berharap mencapai hasil yang positif ," kata MSM.

MSM ialah anak syarikat Felda Global Ventures Holdings Bhd dan produk utamanya, Gula Prai, merupakan jenama gula premium di Malaysia.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rUnrgJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.