Lengkuas Tak Akan Kecut Kalau Simpan Cara Ini
Mak-mak yang dekat rumah tu selalu susah hati bila bahan masak macam serai, lengkuas, halia yang nak diguna tiba-tiba dah kecut.
Ini semua sebab rajin sangat masuk dapur atau sibuk sangat bekerja tapi hujung minggu tetap nak kena masakkan anak-anak dan suami.
Cuba kaedah ini. Sebab wartawan Mingguan Wanita, Netty Ah Hiyer dah cuba teknik ini dekat dua minggu. Barulah boleh rekomen dekat mak-mak yang tengah susah hati tu.
Bahan diperlukan:
Lengkuas yang mak-mak nak simpan
Botol kaca atau plastik
Air
Caranya:
1. Buang bahagian gelap lengkuas.
2. Masukkan dalam botol kaca atau plastik.
3. Masukkan air sampai tenggelam lengkuas tu.
4. Simpan dalam peti ais. Boleh tahan berbulan-bulan. Tapi janganlah sampai tahun ya. Teruk beno tahap kerajinan memasak mak-mak ni.
Kalau letak di luar dinasihatkan tukar airnya selang 3 hari.
Sumber
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rTXy0l
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment