Kenyataan Bank Of Canada Meyakinkan, Usd/Cad Menjunam 100 Pip
Pada mesyuarat Bank of Canada (BoC) sebentar tadi, bank pusat mengekalkan kadarnya di paras 0.5% yang sejajar dengan jangkaan pasaran.
Dalam mesyuarat kali ini tiada laporan terbaru polisi monetari dari BoC dan tiada sidang media Gabenor Poloz.
Dalam kenyataan bank pusat, BoC menyatakan trend pergerakan inflasi adalah sejajar dengan unjuran yang dibuat pada April. Anggaran inflasi-teras (core-inflation) masih lagi kekal di bawah 2% dan pertumbuhan kadar gaji masih lagi lemah yang sejajar dengan lebihan kapasiti dalam ekonomi ketika ini.
Ekonomi global pula terus menunjukkan pertumbuhan yang kukuh secara beransur-ansur dan data-data terkini juga memberangsangkan.
Perbelanjaan pengguna dan sektor perumahan masih lagi mampan dengan peningkatan dalam pasaran buruh. Pertumbuhan eksport walaubagaimanapun masih lemah seperti yang dijangka dalam laporan polisi monetari sebelum ini.
Menurut bank pusat, pelarasan ekonomi terhadap harga minyak mentah yang rendah telah selesai sepenuhnya. Keseluruhannya, bank pusat berpendapat polisi monetari semasa adalah bersesuaian dengan keadaan ekonomi ketika ini.
Kenyataan BoC hari ini dilihat meyakinkan terutamanya dalam jangkaan pertumbuhan ekonomi dan tidak menunjukkan kecenderungan bank pusat untuk melonggarkan polisi di mana pengetatan polisi akan diambil kira tahun ini jika pertumbuhan berada di atas paras ramalan.
Disebabkan kenyataan polisi yang meyakinkan, Dolar Kanada menguat dengan Usd/Cad menjunam 100 pip dan kini didagang di sekitar 1.3443.
The post Kenyataan Bank Of Canada Meyakinkan, Usd/Cad Menjunam 100 Pip appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qPxt4N
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment