Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mat Rempit ditolong doktor cun mahu ucap terima kasih - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mat Rempit ditolong doktor cun mahu ucap terima kasih

“TERIMA kasih kerana sudi bantu saya biarpun tiada pertalian darah dan berlainan bangsa,” kata Faizal Hasbullah Alimin, 20, berhubung kisahnya dibantu wanita selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Genting Sempah, Ahad lalu.

Dalam kejadian 11.35 pagi itu, Faizal patah tangan kanan manakala hampir seluruh badan belakangnya luka.

Baca artikel sebelum: Doktor cun tolong mat rempit jadi kecoh di media sosial

Faizal berkata, dia ketika itu dalam perjalanan dari Hulu Langat ke Bentong, bersama abang saudaranya, Muhammad Aizuddin Mohd Sharif, 21, yang menunggang motosikal lain.

Menurutnya, sebaik tiba di laluan berhampiran Genting Sempah, Kawasaki RR150 ditunggangnya tiba-tiba mengalami kerosakan.

“Saya terjatuh di tengah jalan manakala motosikal saya terbabas ke pembahagi jalan,” katanya.

Menurutnya, akibat itu, tulang tangan kanannya terkeluar dari posisi asal manakala hampir seluruh badan dan kaki luka akibat bergesel di atas jalan raya.

“Namun dalam saya menahan sakit, saya ternampak dua kenderaan berhenti di tepi jalan bagi membantu saya. Seorang daripadanya terus mengawal lalu lintas manakala dua lagi membantu menguruskan kecederaan pada tangan saya. Ada dua wanita berbangsa Cina ketika itu dan seorang daripadanya berkemungkinan doktor.

“Dia pada awalnya memeriksa pernafasan dan nadi saya menggunakan alatan perubatan yang dibawanya. Selepasa itu dia kemudian membetulkan posisi tangan saya yang cedera.

“Selain itu wanita terbabit juga meminta abang saudara mencari manisan supaya saya tidak lemah akibat kekurangan gula dalam badan,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Faizal, selepas hampir 15 minit menahan sakit, dia kemudian dibawa ke Hospital Bentong menggunakan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Alhamdulillah saya selamat tiba di hospital. Malah saya kemudiannya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) keesokan harinya,” katanya.

Faizal berkata, biarpun kejadian terbabit sudah berlalu hampir empat hari, namun hatinya masih tersentuh dengan keprihatinan wanita terbabit.

“Selalunya penunggang motosikal ini orang akan anggap ‘mat rempit’, namun bila saya melihat kesungguhan wanita terbabit, saya tidak nampak pandangan prejudis itu.

“Kalau boleh saya mahu jumpa doktor terbabit dan ucap terima kasih kepadanya,” katanya.

Gambar Faizal dibantu wanita terbabit menjadi tular selepas Muhammad Aizuddin memuat naik gambar terbabit di Facebook (FB), Isnin lalu.

Gambar terbabit menerima 4,000 ‘likes’ dan hampir 700 perkongsian oleh pengguna FB.

Malah kebanyakan pengguna FB memuji tindakan wanita terbabit yang membantu Faizal biarpun tiada pertalian darah dan berlainan bangsa.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Mat Rempit ditolong doktor cun mahu ucap terima kasih

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rhsQlL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.