Hi! Welcome Back and Stay Tune! Azalina Cadang pendera seksual kanak-kanak perlu bayar ganti rugi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Azalina Cadang pendera seksual kanak-kanak perlu bayar ganti rugi

BANGI: Datuk Seri Azalina Othman Said mahu melihat mereka yang didapati bersalah melakukan penderaan seksual ke atas kanak-kanak dipaksa membayar ganti rugi untuk memulihkan mangsa.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, ganti rugi itu amat penting kerana kos perubatan dan kaunseling adalah mahal.

“Jika badan bayi sudah dimusnahkan pendera seksual, proses membaikinya memerlukan masa bertahun-tahun,” katanya dalam ucapan penutup Kursus Pengurusan Jenayah Seksual Kanak-Kanak di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) hari ini.

“Bagaimana jika jiran, guru atau jurulatih mendera kanak-kanak secara seksual? Kanak-kanak memerlukan kaunseling berterusan. Semua ini memerlukan wang yang banyak.”

Katanya, beliau mungkin membawa cadangan itu ke mesyuarat Kabinet minggu depan dan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang baru dikuatkuasakan bulan lalu, perlu dipinda jika Kabinet meluluskannya.

Beliau berkata, cadangan ganti rugi itu mungkin menjadi penghalang untuk penjenayah melakukan kesalahan itu.

“Apabila orang tahu mereka bertanggungjawab membayar ganti rugi – wang yang banyak – mereka mungkin berfikir 2 kali sebelum mendera kanak-kanak secara seksual.”

Menyentuh hukuman dijatuhkan kepada warga Britain Richard Huckle, Azalina berkata, hukuman penjara seumur hidup itu tidak mencukupi.

“Dia berada dalam penjara, itu baik tetapi bagaimana pula dengan mangsanya? Apa yang berlaku kepada kanak-kanak terbabit?”

Pedofilia itu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh sebuah mahkamah di London pada 6 Jun 2016, selepas didapati bersalah terhadap 71 pertuduhan berkaitan penderaan seksual ke atas 23 bayi dan kanak-kanak di Malaysia serta Kemboja dalam tempoh hampir satu dekad.-FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pII7qj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.