Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gadis Itali Yang Datang Ke Indonesia Untuk Bertemu Kekasihnya Kini Telah Selamat Dinikahkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gadis Itali Yang Datang Ke Indonesia Untuk Bertemu Kekasihnya Kini Telah Selamat Dinikahkan


INDONESIA - Kedatangan seorang gadis cantik dari Itali ke sebuah kampung di Desa Tragung, Kabupaten Batang, Wilayah Jawa Tengah pada baru-baru ini dengan hasrat ingin menemui dan mengahwini dengan kekasihnya yang dikenali melalui internet telah jadi tular dan mencetuskan fenomena di Indonesia.

Gadis itu, Ilaria Monte Bianco, 21, kini telah selamat dinikahkan dengan kekasih yang dicintainya itu, Zulfikar, pada Khamis lalu dan dia juga dikatakan telah pun memeluk Islam.

Majlis perkahwinan mereka diadakan secara sederhana dan telah dihadiri oleh ahli keluarga dan sanak saudara sahaja.

Menurut Zulfikar ketika ditemui, saya sangat bahagia kerana kini secara rasmi menjadi suami kepada Ilaria dan kedua orang tua isterinya itu turut merestui perkahwinannya.

Apabila ditanyakan perancangan untuk berbulan madu, Zulfikar mengatakan mereka belum mempunyai sebarang perancangan untuk itu.

Sehingga kini gambar-gambar pernikahan dan majlis perkahwinan mereka berdua telah tersebar dan jadi tular di media sosial. Rata-rata netizen telah menyampaikan ucapan tahniah mereka di atas perkahwinan mereka.

Baca: Gadis Itali Datang Ke Indonesia Hanya Kerana Ingin Bertemu Kekasihnya




Pasangan itu kelihatan begitu cantik dan anggun apabila mengenakan pakaian rasmi adat Jawa, malah mereka turut mengukir senyuman manis seolah-olah amat gembira serta bahagia di hari yang bersejarah itu.

Terdahulu, hubungan pasangan ini jadi tular apabila berita kedatangan Ilaria ke kampung Zulfikar telah tersebar yang menyebabkan orang ramai terutamanya penduduk kampung datang membanjiri di kediaman Zulfikar hanya kerana ingin melihat Ilaria dengan lebih dekat lagi.


Ilaria mencetuskan fenomena apabila dia mengakui telah mengumpul duit selama dua tahun hanya semata-mata ingin ke Indonesia untuk bertemu kekasih hatinya itu yang dikenali melalu Facebook semenjak dua tahun lalu. - Koleksi Viral

Sumber: Suara Merdeka, Wawan Arizki



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pIVCaa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.