Siapa sebenarnya King Afiq? Jutawan muda yang ditahan kerana jual barang ciplak secara online tu?
Baru-baru ini heboh diperkatakan tentang seorang ‘jutawan ciplak’ yang didakwa meraih kekayaan hasil menjual barangan tiruan secara online.
Malah, menerusi laporan Harian Metro, seorang jutawan muda telah ditahan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang membuat serbuan secara mengejut.
Jutawan muda berkenaan juga dikatakan bergelar ‘sifu perniagaan online’ yang aktif dalam memberikan ceramah strategi pemasaran kepada golongan belia.
Bagaimanapun, identiti suspek tidak dinyatakan namun selepas penahanan berkenaan disiarkan media, netizen mula mengagak pemuda yang dimaksudkan.
Dari situlah mula timbul dakwaan mengaitkan nama Ameerul Abdul Hadi atau nama gelarannya King Afiq yang berkongsikan gambar-gambar di akaun twitter miliknya.
Malah, netizen turut mengaitkan beberapa persamaan seperti kedudukan pintu serta penapis air pada gambar yang dikongsikan King Afiq dengan gambar yang disiarkan media.
Menurut segelintir netizen, King Afiq turut aktif mengadakan ceramah berkaitan strategi pemasaran maya secara online kepada golongan usahawan belia.
Selain itu, King Afiq juga dikatakan sering ‘menunjukkan’ gaya hidup mewahnya menerusi media sosial atau mungkin sebagai motivasi untuk mencontohi kejayaannya.
Namun sejauh mana kesahihan dakwaan netizen berteka-teki mengaitkan King Afiq yang semakin trending itu tidak dapat dipastikan lagi.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber Siapa sebenarnya King Afiq? Jutawan muda yang ditahan kerana jual barang ciplak secara online tu?
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qdZBhU
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment