Lori terbalik secara melintang, lebuh raya sesak 8 jam: Pemandu ditahan kerana tidak bertimbang rasa dan cuai
Seorang pemandu lori ditahan bagi membantu siasatan kemalangan di Kilometer 324.2 Lebuh Raya Utara Selatan, arah utara selepas kawasan hentian Rehat dan Rawat Tapah, di sini, awal pagi Sabtu.
Mohd Nazrin Zainuddin, 27, ditahan di bawah Seksyen 43, Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.
Ketua Polis Daerah Tapah, Supt Som Sak Din Keliau berkata dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi Sabtu, suspek yang memandu lori membawa muatan pallet kayu, dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan.
“Lori yang dipandunya kemudian melanggar penghadang jalan sebelah kiri sebelum terbalik di lorong kanan.
“Akibat kemalangan tersebut, berlakunya kesesakan lalu lintas di daerah Tapah hampir lapan jam,” katanya ketika dihubungi di sini Sabtu.
Som Sak berkata pihaknya telah merakam percakapan pemandu berkenaan dan mengambil saringan air kencing bagi pemeriksaan lanjut, manakala lori terlibat dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan. -BERNAMA
Sumber: Mstar
Sumber Lori terbalik secara melintang, lebuh raya sesak 8 jam: Pemandu ditahan kerana tidak bertimbang rasa dan cuai
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qd1iN3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment