Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tak Jadi Mengurat Sebab 'Awek' Rasis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tak Jadi Mengurat Sebab 'Awek' Rasis

KANAK-kanak boleh menjadi orang paling jujur dalam beberapa situasi dan mereka juga sebenarnya benci perkauman!

KANAK-kanak boleh menjadi orang paling jujur dalam beberapa situasi dan mereka juga sebenarnya benci perkauman!
Apabila mereka melihat seseorang bersikap rasis, mereka boleh menjadi seorang yang lebih lantang bersuara berbanding orang dewasa.
Misalnya Jorge, seorang budak lelaki berusia 10 tahun.
Seseorang telah berkongsi satu nota di Twitter menyatakan bahawa ibunya telah merampas nota tersebut daripada Jorge yang meluahkan kekecewaan kepada seorang murid perempuan yang diminatinya, Alina.
Dalam nota tersebut, Jorge berkata dia amat kecewa apabila Alina mengejek murid perempuan lain di dalam kelas hanya kerana perbezaan warna kulit.
Dia sering menghantar surat kepada Alina sebelum ini, tetapi selepas mendengar Alina memperlekehkan warna kulit pelajar lain, nota tersebut menjadi yang terakhir untuk Alina.
"Hi Alina, Jorge di sini, orang yang menghantar surat-surat itu," dia memulakan kata-kata.
"Saya pernah sukakan kamu tetapi saya dengar kamu telah membuli seorang budak perempuan yang berbeza warna kulit. Itu tidak menyenangkan. Siapa yang mahu bersama kamu? Saya benar-benar menyesal dengan surat-surat itu. Kejam."
Sudah tentu terdapat keraguan yang timbul mengenai kesahihan surat itu, tetapi sama ada ia benar atau tidak, ia memberi banyak pengajaran dalam kehidupan manusia.


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pItDHX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.