Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suami isteri jual dadah untuk sara keluarga akhirnya kantoi di tangan polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suami isteri jual dadah untuk sara keluarga akhirnya kantoi di tangan polis

Kelicikan sepasang suami isteri yang menjual dadah untuk menyara hidup mereka dan seorang anak sejak dua bulan lalu, berjaya dibongkar apabila mereka ditahan bersama 47 lelaki lain pada Ops Sarang/Tapis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.

Suami isteri jual dadah untuk sara keluarga akhirnya kantoi di tangan polis

Suami isteri jual dadah untuk sara keluarga akhirnya kantoi di tangan polis

 

Operasi diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, Asisten Superintendan Hamzah Awang Dollah itu diadakan di sekitar gugusan Felda Neram 1, Sungai Pergam, Bandar Cheneh Baru dan Bandar Seri Bandi pada Sabtu lalu, dari jam 2.30 pagi hingga 6 petang.

Operasi melibatkan 59 pegawai dan anggota dari semua bahagian serta balai IPD Kemaman, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan pasukan polis bantuan Felda itu turut melumpuhkan kegiatan menjual dadah di kawasan kubur, serta mematahkan
cubaan mengeksplorasi bijih bauksit secara haram.

Dalam operasi dipecahkan kepada tujuh kumpulan termasuk satu kumpulan yang mengadakan sekatan jalan raya itu, sebanyak 18 saman turut dikeluarkan kepada lori membawa muatan bauksit yang melakukan kesalahan.

Dadah dirampas dalam operasi itu dianggarkan bernilai RM3,815 melibatkan 19 gram heroin, syabu (3g), pil kuda (3g) dan eramin 5 (2.5g).

Suami isteri ditahan

Ketua Polis Kemaman, Pemangku Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, si suami yang ditangkap dalam operasi itu, berketurunan Orang Asli dan berusia 31 tahun, manakala isterinya, 23, pula berasal dari Myanmar.

“Kita lakukan serbuan pertama di rumah pasangan suami isteri itu di perkampungan Orang Asli Sungai Pergam, lebih kurang jam 3 pagi. Bagaimanapun, semasa anggota polis memasuki rumah suspek, suspek lelaki menyerang dan berlaku pergelutan
sebelum suspek tewas.

“Kita temui 230 pil kuda, dua biji dadah jenis eramin 5, satu paket lut sinar ketulan kristal dipercayai syabu dan seplastik daun kering disyaki ganja, dalam beg pinggang kulit dipakai bapa kepada seorang anak itu,” katanya, petang semalam.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas beg duit milik suspek wanita, menjumpai 20 pil kuda dalam satu plastik cerah.

Mereka berdua dipercayai aktif mengedar dadah di perkampungan Orang Asli Sungai Pergam dan Peringkat 3 Bandar Baru Cheneh sejak dua bulan lalu, dan disyaki ambil bekalan dadah di Bandar Seri Bandi.

Sehubungan itu, kata Mohd Said, mereka berdua ditahan reman selama lima hari dan akan dituduh secara bersama di mahkamah, di bawah tiga seksyen iaitu Seksyen 37(A)(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
 

Tak hirau kubur

Serbuan kedua dilakukan lebih kurang jam 5 pagi di tepi tanah perkuburan di Felda Neram 1, apabila kelibat enam lelaki dalam keadaan mencurigakan dilihat berada berdekatan sebuah bangsal di hadapan sebuah kolam ikan.

Kata Mohd Said, dua lelaki berkenaan yang berusia 34 dan 30 tahun, berjaya diberkas sementara empat yang lain melarikan diri berikutan keadaan persekitaran yang gelap.

“Lepas periksa suspek berumur 34 tahun, kita temui sejumlah dadah dalam beg pinggang dipakainya. Empat paket mengandungi 58 pil kuda, dua paket serbuk putih disyaki heroin, tujuh keratan aluminium ketulan putih dan satu paket serbuk kristal disyaki syabu.

“Kita percaya suspek yang turut miliki rekod jenayah lampau, membekalkan dadah kepada penagih sekitar Felda Neram 1. Dia dan rakannya, 30, juga didapati positif dadah,” katanya.

Tauke lombong bauksit cuba beri rasuah

Dalam satu lagi pemeriksaan di Felda Neram 1, seorang tauke bauksit haram yang cuba menyogok polis dengan RM200, turut ditahan bersama tiga pekerjanya yang juga pendatang asing tanpa izin berusia antara 22 hingga 28 tahun.

Lelaki berusia 40 tahun itu panik apabila lorinya yang membawa peralatan untuk mengorek tanah, ditahan penguat kuasa menyebabkan dia cuba memberi rasuah agar dia dan pekerjanya dibebaskan.

Dalam pada itu, rentetan penahanan pasangan suami isteri di Sungai Pergam, pihak polis turut melakukan serbuan di Bandar Seri Bandi pada jam 6 petang dan berjaya memberkas enam penagih dadah berusia antara 20 hingga 40 tahun.

Sumber: Sinar



Sumber Suami isteri jual dadah untuk sara keluarga akhirnya kantoi di tangan polis

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qcRmmv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.