Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pukul kepala kekasih dengan seterika sebelum paksanya minum cat putih dan membakar wanita itu hidup-hidup - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pukul kepala kekasih dengan seterika sebelum paksanya minum cat putih dan membakar wanita itu hidup-hidup

Seorang lelaki dihukum penjara seumur hidup selepas mengaku bersalah membunuh kekasihnya dengan memukul dan memaksa mangsa meminum cat sebelum membakar wanita itu hidup-hidup.

Pukul kepala kekasih dengan seterika sebelum paksanya minum cat putih dan membakar wanita itu hidup-hidup

Pukul kepala kekasih dengan seterika sebelum paksanya minum cat putih dan membakar wanita itu hidup-hidup

Sebuah mahkamah di sini kelmarin menjatuhkan hukuman penjara terhadap Anthony Porter, 33, yang mengaku membunuh Andraya Lyons, 38, pada 10 Disember tahun lalu.

Menurut dokumen mahkamah, Porter membunuh Andraya selepas bertengkar di satu parti Krismas.

Selepas pertengkaran itu, Porter pergi ke rumah Andraya sebelum memukul kepala mangsa dengan seterika.

Porter kemudian memijak kepala Andraya sebelum menuangkan cat putih ke dalam mulut wanita itu.

 

Tidak cukup dengan itu, Porter menyelit beberapa tin gas di celah peha Andraya sebelum menuang minyak di tubuh wanita itu lalu membakarnya hidup-hidup.

Jiran Andraya yang terhidu bau asap segera menghubungi bomba yang kemudian menemui mayat mangsa yang rentung di ruang tamu.

Pasukan penyiasat juga menemui kesan darah mangsa di seterika, beranda, dinding dapur dan di ruang tamu.

Laporan bedah siasat mendedahkan mangsa mengalami 45 kecederaan pada tubuh, menunjukkan wanita itu dipukul dengan kejam.

Hakim Peter Blair berkata, pembunuhan kejam itu menyebabkan dua anak lelaki Andraya yang berusia lima dan lapan tahun kehilangan ibu pada usia muda.

“Mangsa sepatutnya berasa selamat dengan berada di rumah tetapi kamu memecah masuk dan menyerangnya dengan kejam.

“Kamu dihukum penjara seumur hidup kerana pembunuhan kejam ini,” katanya.

Sumber: Metro



Sumber Pukul kepala kekasih dengan seterika sebelum paksanya minum cat putih dan membakar wanita itu hidup-hidup

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r4dhxa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.