Bayi berdarah, ibu dituduh menipu letak sirap buat laporan polis
Terdesak untuk mendapatkan bantuan dengan meraih simpati ramai, seorang ibu sanggup meletakkan bahan pewarna pada bayinya untuk kelihatan seperti mengalami pendarahan teruk.
Itu dakwaan yang dilemparkan terhadap seorang pemilik laman sosial Facebook, Nurin Diana selepas memuat naik sebuah status bersama gambar dan video anaknya yang mengalami pendarahan.
Perkara itu menjadi tular di laman sosial selepas gambar dan videonya itu dimuatnaik ke laman sosialnya dan mendapat lebih 17 ribu perkongsian setakat ini.
Ia mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang kebanyakannya bersimpati dengan nasib bayi itu.
Tidak kurang juga mendakwa wanita berkenaan sengaja meletakkan bahan pewarna pada wajah anaknya bertujuan untuk meraih simpati dan mendapatkan bantuan secara mudah.
Terkini, wanita berkenaan dilihat telah memuat naik laporan polis yang dibuat di Balai Polis Kota Tinggi, Johor lantaran tuduhan yang dikenakan terhadapnya.
Wartawan mStar Online cuba mendapatkan kenyataan dari Ketua Polis Daerah Kota Tinggi berhubung perkara ini, Rabu.
Sumber: Mstar
Sumber Bayi berdarah, ibu dituduh menipu letak sirap buat laporan polis
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rPNV2R
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment