Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bedah siasat kedua Thaqif: Keputusan dalam dua minggu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bedah siasat kedua Thaqif: Keputusan dalam dua minggu

KUALA LUMPUR: Keputusan hasil bedah siasat kedua ke atas mayat khususnya sampel kaki Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11 dijangka diketahui dalam tempoh dua minggu, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Beliau berkata bedah siasat pertama ke atas pelajar tahfiz yang meninggal dunia 26 April lepas itu telah dilakukan namun punca kematian masih belum diketahui.

"Proses penggalian balik (mayat) dilakukan agar pakar patologi dapat menentukan punca kematian Allahyarham Mohamad Thaqif.

Walaupun kita mempunyai tentatif diagnosis tetapi saya tidak akan mengumumkan keputusan tersebut. Kita akan tunggu laporan akhir untuk mengetahui punca kematiannya," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Saintifik yang ke-47 dan Jubli Emas Persatuan Orthopedik Malaysia (MOA) di sini, hari ini.

Menurut beliau, walaupun pakar patologi pada mulanya telah mendapatkan beberapa penemuan hasil daripada bedah siasat pertama namun mereka masih tidak berpuas hati dengan bukti yang sedia ada.

"Apabila pemotongan kaki dijalankan, doktor pakar tidak sangka bahawa dia akan meninggal dunia. Kematian Mohamad Thaqif telah mengubah sudut penyiasatan," katanya sambil menambah kaki arwah telah dikebumikan awal mengikut ritual agama.

Terdahulu, Mohamad Thaqif telah dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru selepas dilapor mengalami kecederaan pada bahagian kakinya dipercayai akibat dipukul dengan getah paip oleh pembantu warden di madrasahnya.

Kecederaan tersebut telah menyebabkan kedua-dua kakinya dijangkiti kuman dan terpaksa dipotong. Doktor turut memutuskan untuk memotong tangan kanannya yang turut dijangkiti kuman namun ditangguhkan kerana jantungnya yang tidak stabil sebelum kanak-kanak malang itu meninggal dunia.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q02AaX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.