Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan rancang tambah jumlah pakar ortopedik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan rancang tambah jumlah pakar ortopedik

KUALA LUMPUR: Kerajaan merancang untuk menambah jumlah pakar ortopedik bagi mengatasi kekurangan doktor bidang itu di hospital kerajaan di seluruh negara.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata walaupun nisbah doktor dengan penduduk yang disyorkan dari segi pakar ortopedik ialah 1:1500, tetapi nisbahnya di Malaysia sekarang ialah 1:5000.

"Kami perlu tambah tiga kali ganda jumlah itu untuk mencapai keseimbangan dari segi doktor dengan penduduk," katanya pada sidang akhbar bersempena Mesyuarat Saintifik Tahunan ke-47 dan sambutan Jubli Emas Persatuan Ortopedik Malaysia di sini hari ini.

Oleh itu, jelas beliau, sejak 2013, kementerian berkenaan telah menambah jumlah doktor yang mengikuti pengajian peringkat sarjana dalam bidang ortopedik.

"Kami boleh menambah jumlah itu, tapi ia bergantung kepada kemampuan universiti untuk menerima mereka mengikuti latihan," kata beliau.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q176Gv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.