Rujuk kepimpinan sebelum bertemu PAS - Azmin
Menurutnya, pihaknya sentiasa terbuka untuk berbincang bagi menjamin kestabilan kerajaan negeri Selangor.
"Tiada krisis di Selangor. Semua Exco menjalankan tugas seperti biasa," kata Azmin.
Pada 11 Mei, Majlis Syura Ulama PAS mengesahkan parti itu memutuskan untuk membatalkan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan PKR.
Setiausaha Majlis Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, wujud begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat tahaluf siyasi menurut pertimbangan hukum Syarak dan Akhlak Islam.BACA: Terputusnya tahaluf siyasi antara Pas dan PKR sudah dijangka - Mustapa
Susulan itu, kedudukan tiga Exco PAS di Selangor - Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus dan Zaidy Abdul Talib - menjadi tanda tanya.
Berikutan itu, pada Rabu, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata tiga exco tersebut akan terus kekal dalam pentadbiran selagi tiada arahan dari pihak istana untuk berundur.
Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai dakwaan ada pihak cuba menarik sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dari PKR untuk tidak menyokong beliau, Azmin menyatakan perkara tersebut bukan suatu masalah.
"Itu bukan masalah. Fokus kami adalah bagaimana untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kongres Tahunan Nasional Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) di sini malam ini.
Laporan media sebelum ini mendakwa seorang bekas ahli PKR yang masih berkhidmat sebagai ADUN Selangor sedang berusaha untuk menarik sokongan dari ADUN lain bagi menggantikan kerajaan Selangor sedia ada.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rmfW5t
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment