Hi! Welcome Back and Stay Tune! [VIDEO] Bas Ekspres Terbakar, 36 Penumpang Terselamat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

[VIDEO] Bas Ekspres Terbakar, 36 Penumpang Terselamat

[VIDEO] Bas Ekspres Terbakar, 36 Penumpang Terselamat

[VIDEO] Bas Ekspres Terbakar, 36 Penumpang TerselamatGERIK 19 Mei - Sebuah bas ekspres dua tingkat terbakar secara tiba-tiba ketika berhenti di hadapan sebuah restoran di Kilometer 4, Jalan Gerik-Kupang di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 2 petang itu berlaku ketika kesemua 36 penumpang yang dalam perjalanan dari Besut, Terengganu ke Lumut telah turun dari bas dan berhenti makan di restoran berkenaan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Zainal Abidin Abd Ghani berkata, kejadian itu disedari pemandu bas setelah terlihat asap dari bahagian tayar hadapan bas sebelum api menyambar kenderaan itu.

Katanya, pemandu bas berusia 51 tahun itu cuba memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api namun gagal apabila api merebak dengan cepat.

"Operasi memadamkan kebakaran segera dilakukan selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 2 petang. Struktur bas serta bahan mudah terbakar yang terdapat dalam kenderaan itu menyebabkan api mudah merebak.

"Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 30 minit kemudian dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan," katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Namun polis belum menerima aduan kejadian tersebut," katanya. 


Sumber: UTUSAN ONLINE


✍ Sumber Pautan : ☕ The Viral News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qz26eE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.