Moto G5 Mungkin Dilancarkan Di Malaysia Pada Penghujung Bulan Ini
Pada acara Mobile World Congress yang lepas, kita telah melihat Lenovo memperkenalkan dua telefon pintar berspesifikasi pertengahan dibawah keluarga Moto, iaitu Moto G5 dan juga Moto G5 Plus. Pada awalnya, kami mendengar kedua-dua peranti ini mungkin tidak memasuki pasaran tempatan, tetapi kini dilihat ia berubah. Selepas melepasi Sirim pada awal tahun, kini ia kelihatan seperti Moto G5 akan diperkenalkan untuk pasaran tempatan sekitar penghujung bulan ini.
Moto G5 merupakan telefon pintar dengan skrin 5-inci, dilengkapi cip Snapdragon 430, memori bermula 2GB RAM, storan sehingga 32GB, adn dilengkapi bateri 2800mAh. Moto G5 menggunakan kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.
Moto G5 Plus pula menggunakan skrin 5.2-inci, cip Snapdragon 625, memori sehingga 4GB RAM, dan bateri berkapasiti 3000mAh. Ia menggunakan kamera belakang 12-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.
Kedua-dua ini, walaupun menggunakan spesifikasi rendah-pertengahan, namun, ia menawarkan rekaan berasaskan logam bersama dengannya. Selain itu, ia menjalankan Android 7.0 Nougat tanpa penambahan antaramuka drastik. Pengimbas cap jari pula pada bahagian belakang.
Kami akan berkongsi lanjut mengenai pelancaran dan penawaran Moto G5 di Malaysia sebaik sahaja kami mendengar mengenainya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q3MYTi
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment