Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dia Tutup Mata Saya Dan Bawa Ke Kawasan Sunyi. Bila Ikatan Mata Saya Dibuka, Rupa²Nya Dia Dah Buka Butang Seluar… - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dia Tutup Mata Saya Dan Bawa Ke Kawasan Sunyi. Bila Ikatan Mata Saya Dibuka, Rupa²Nya Dia Dah Buka Butang Seluar…

Seorang gadis berusia 20 tahun diserang seorang lelaki di depan rumahnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam. Lelaki tersebut kemudian memaksanya untuk melakukan $ek$ oral. Menurut mangsa yang hanya dikenali sebagai Gan, dia baru sahaja tiba di rumah pada jam 5.45 pagi selepas keluar supper bersama rakan-rakannya.

Seorang lelaki tiba-tiba muncul dengan memegang sebilah pisau sebaik sahaja dia membuka pintu keretanya,
Lelaki itu menghunuskan pisau ke arah mangsa dan menyuruhnya untuk masuk ke dalam kereta semula. Sebaik sahaja mangsa masuk ke dalam kereta, lelaki berkenaan bergerak ke arah pintu tempat duduk penumpang untuk masuk dari situ.

Sambil menghalakan pisau itu ke arah kepalanya, Gan kemudian diminta untuk memandu keluar dari rumah dan menuju ke tempat lain.

“Dia kata muka saya cantik dan beritahu saya untuk tidak menjerit, jika tidak jangan salahkan dia jika sesuatu terjadi kepada muka saya.”

Selepas keluar dari kawasan perumahan itu, lelaki tersebut menyuruh Gan untuk berhenti sebelum merampas telefon pintar Vivo miliknya. Gan kemudian disuruh untuk beralih ke tempat duduk belakang dan diberi amaran untuk tidak melakukan sesuatu yang ‘bodoh’.

Lelaki itu kemudian memandu dan membawanya ke sebuah bank sebelum memaksanya mengeluarkan wang berjumlah RM2,000. Mangsa kemudian meminta lelaki tersebut melepaskannya kerana sudah mendapat apa yang dimahukan selain turut memintanya untuk memulangkan telefon pintar Vivo itu.

Bersetuju dengan permintaan mangsa, dia memulangkan telefon dan memberi amaran supaya mangsa tidak menghidupkan telefon pintar tersebut. Selepas memasuki kereta semula, lelaki itu menutup matanya menggunakan pakaian di dalam kereta mangsa.

Dia kemudian memandu ke lokasi gelap yang memakan masa 10 minit sebelum membuka semula ikatan kain di mata mangsa. Lelaki itu rupa-rupanya terlebih dahulu sudah membuka butang seluar dan meminta mangsa melakukan $eks oral terhadapnya. Mangsa yang terkejut enggan melakukan itu dan merayu dilepaskan memandangkan lelaki tersebut sudah diberikan wang.
Selepas merayu berkali-kali, lelaki itu berubah hati dan mahu melepaskannya.

Ketika sedang berhenti di persimpangan lampu trafik, Gan menggunakan peluang itu dan keluar dari kereta untuk meminta bantuan dari penunggang motorsikal. Terkejut dengan tindakan mangsa, lelaki itu terus memecut dan meninggalkannya.

Difahamkan, selain wang berjumlah RM2,000 itu, mangsa turut kehilangan Perodua Myvi miliknya yang dibawa lari, sebentuk cincin emas, jam tangan berjenama Titus, pasport ibunya dan telefon pintar iPhone 7. Kesemua barang itu disembunyikan oleh mangsa di bawah tempat duduk kereta. Malangnya, kereta itu turut dicuri.

Sumber:- LobakMerah



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pTg8Jr

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.