Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kenet istimewa [METROTV] - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kenet istimewa [METROTV]

“SAYA tidak akan jual walaupun ada yang letak harga tinggi. Tak sanggup rasanya nak jual,” kata Khairul Hizam Shaharuddin, 51 mengenai kucing betina peliharaannya, Kenet yang dilahirkan dengan saiz kepala lebih besar daripada badan.

Gambar Kenet tular selepas ia dimuat naik di Facebook (FB) oleh kumpulan komuniti kucing, Rabu lalu sehingga dikongsi lebih 4,000 pengguna FB.

Ada yang mendakwa Kenet kucing Sindrom Down.

Menceritakan kisah Kenet yang berusia tujuh bulan itu, Khairul berkata kucing itu dilahirkan pada 26 September tahun lalu.

Menurut Khairul, Kenet dilahirkan bersama empat lagi kucing dan ketika itu saiz badan Kenet adalah paling kecil berbanding adik beradiknya yang lain.

Menurutnya, beberapa minggu kemudian, ibu Kenet mula berkelakuan pelik apabila menjauhkan diri daripada kucing terbabit.

“Namun selepas diperiksa, kami mendapati saiz kepala Kenet kelihatan tidak seimbang. Kepalanya agak besar berbanding saiz badannya yang kecil.

“Kami sekeluarga kemudian terus membawanya ke klinik haiwan di Sungai Buloh dan doktor kemudian memaklumkan sebahagian kepala Kenet tidak mempunyai tempurung. Terdapat tiga bahagian di atas kepalanya yang tidak dilindungi dengan tempurung dan jika ditekan ia terasa agak lembik,” katanya.

Menurutnya, selain itu, masalah ketiadaan tempurung itu juga menyebabkan sebahagian saraf di badan Kenet turut bermasalah.

“Masalah urat saraf pada Kenet menyebabkan kedua-dua kaki belakangnya tidak dapat bergerak secara normal.

“Oleh itu dakwaan Kenet kucing Sindrom Down yang perkatakan di laman sosial adalah tidak tepat,” katanya.

Menceritakan lebih lanjut, Khairul berkata, doktor kemudian menyarankan supaya Kenet diberi susu khas sehingga usianya empat bulan.

“Alhamdulillah selepas berikhtiar, kepala Kenet semakin normal. Namun kepalanya masih kelihatan besar jika dibandingkan dengan kucing normal lain yang mempunyai saiz badan yang sama,” katanya.

Menurutnya, tidak terlintas dalam fikirannya untuk menyerahkan kucing terbabit kepada individu lain, malah kasih sayangnya kepada Kenet semakin utuh.

“Kalau jual lagilah saya tidak sanggup. Namun jika ada yang mahu melawat​ tiada masalah, rumah saya sentiasa terbuka untuk tetamu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kuang, Rawang, hari ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rlUwVT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.