Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dr Mahathir akui sukar tewaskan UMNO dan BN pada PRU14 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dr Mahathir akui sukar tewaskan UMNO dan BN pada PRU14

KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)) Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui pakatan pembangkang sukar untuk menewaskan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 kelak.

Bekas perdana menteri yang pernah mentadbir negara selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003 berkata tanpa sebuah parti pembangkang yang kuat, termasuk kesepakatan pembangkang yang menyeluruh pada masa ini, usaha menandingi UMNO dan BN yang terdiri daripada 13 parti komponen mewakili pelbagai kaum di seluruh negara adalah sukar.

"Kalau nak menang kita mesti ada pakatan kita juga. Sebab itu kita buat Pakatan Harapan," katanya dalam sesi siaran langsung melalui akaun Facebooknya hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan pengguna Facebook berkaitan keputusan PPBM memilih mengadakan hubungan dengan DAP dan PKR -- dua buah parti politik yang menjadi seteru hebat beliau ketika menerajui UMNO dan BN.

Disoal mengapa PPBM tidak bekerjasama dengan PAS, Dr Mahathir berkata PPBM dan rakan-rakan politik termasuk PKR dan DAP telah berkali-kali memujuk PAS untuk menjalin kerjasama, namun PAS enggan dan berterusan menolak tawaran mereka.

Beliau mendakwa PAS sejak akhir-akhir ini dilihat lebih mengutamakan hubungan bersama UMNO, sehinggakan sanggup menolak dan menamatkan hubungan bersama rakan-rakan pembangkang lain, hingga merencatkan usaha PPBM untuk mewujudkan pakatan pembangkang tunggal di negara ini.

"Sehingga kita lewatkan penubuhan Pakatan Harapan kerana mahu mendapat persetujuan PAS, tetapi PAS lebih utamakan hubungan dengan UMNO," katanya.

Dr Mahathir juga meragui bagaimana PAS boleh bekerjasama dengan UMNO sedangkan sejarah politik negara menyaksikan PAS pernah melabel UMNO sebagai parti kafir apabila menjalin kerjasama dengan parti-parti politik bukan Melayu dan Islam seperti MCA dan Gerakan.

Sesi temu bual itu berlangsung selama 30 minit.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rz7aOH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.