Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kanak-kanak maut terjatuh dari tingkat 10 semasa main kejar-kejar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kanak-kanak maut terjatuh dari tingkat 10 semasa main kejar-kejar


GOMBAK, SELANGOR - Kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 10 Pangsapuri Mawar, Selayang Mulia, Gombak pada jam 1 tengah hari, hari ini, lapor Harian Metro

Mangsa, Muhammad Nazirul Nasyat Mat Isa sebelum itu dikatakan bermain kejar mengejar bersama rakan-rakannya dari tingkat 9 ke tingkat 10 bangunan berkenaan. 

Malangnya apabila tiba di tingkat 10, rakan mangsa berusia 6 tahun dikatakan masuk ke dalam rumah, manakala mangsa terus mencari rakannya sebelum ditemui terjatuh di tingkat bawah pangsapuri itu. 



Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.40 tengah hari dan mengerahkan sepasukan anggota pergi ke lokasi kejadian. 

"Pasukan paramedik yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat. 

"Siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian dan tiada individu yang mendakwa menyaksikan insiden tersebut," katanya. 

Ali mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut dan siasatan lanjut masih diteruskan. - The Reporter
SUMBER : http://ift.tt/1r7Yr4K

Sumber : jubahsemalam.com

✍ Sumber Pautan : ☕ Pencuri Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qESoGe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.