Jamal Abdillah sahkan sudah bernikah dengan gadis berumur 23 tahun
“YA, saya sudah bernikah,” kata penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah, 58, mengenai dakwaan dia sudah melangsungkan pernikahan buat kali keempat.
Bagaimanapun, Jamal ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai pernikahan itu.
“Betul, saya dah nikah. Cukup setakat itu. Tak perlu tanya lebih-lebih,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.
Menurut sumber, penyanyi yang turut digelar Raja Pop itu melangsungkan pernikahan kira-kira dua bulan lalu dengan gadis berusia 23 tahun berasal dari Kulim, Kedah.
Difahamkan, majlis berkenaan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Dalam pada itu, Jamal turut menafikan majlis kesyukuran yang berlangsung di kediamannya di Shah Alam, kelmarin, adalah majlis sempena pernikahannya.
“Ia adalah majlis tahlil untuk arwah ibu dan bapa saya, doa selamat sempena menyambut Ramadan dan berpindah ke rumah baru,” katanya kepada Harian Metro.
Ini adalah pernikahan kali keempat Jamal selepas bercerai dengan Fatimatuzahra Samad pada 15 Mei 2007.
Perkahwinan pertamanya dengan Basariah Abdul Latiff pada 1988.
Selepas bercerai dengan Basariah pada 1996, Jamal berkahwin buat kali kedua dengan Intan Noraina Mohd Yusof pada 2001 dan dikurniakan seorang anak iaitu Osama Yamani.
Bersama Fatimatuzahra, Jamal dikurniakan seorang anak, Ahmad Zaki Yamani.
Sumber: Harian Metro
Sumber Jamal Abdillah sahkan sudah bernikah dengan gadis berumur 23 tahun
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rPXoXQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment