Hi! Welcome Back and Stay Tune! Johan marah peminat buang duit undi artis pujaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Johan marah peminat buang duit undi artis pujaan

Pelawak Johan berasa kurang senang apabila memenangi tiga kategori pada Anugerah MeleTop Era (AME) 2017 bulan lalu.

Johan memenangi tiga kategori iaitu artis lawak, penyampai radio dan program radio yang dipilih berdasarkan undian peminat. — Foto-foto oleh Choo Choy May

Johan, nama popular Mohammad Yazid Lim Mohamad Aziz, berkata peminat tidak perlu berhabis wang demi memastikan kemenangannya dalam sesebuah anugerah.

“Saya marah mereka undi saya kerana pengundi saya bukan di kalangan yang berada. Mereka orang biasa.

“Duit yang mereka ada baik disedekahkan kepada anak yatim atau bantu ibu bapa, itu lebih baik.

“Tetapi inilah apabila dikatakan peminat, kita kentut pun mereka kata wangi. Jadi saya terima kasih kepada peminat kerana mengundi saya,” katanya.

Selain menjadi pengacara AME 2017 bersama Nabil dan Neelofa, Johan merangkul tiga anugerah yang dipertandingkan.

Tiga anugerah itu ialah artis lawak, penyampai radio dan program radio yang dipilih berdasarkan undian peminat.

Johan berkata kemenangannya pada malam itu tidak menjadi keutamaan kerana komitmen mengacara lebih diutamakan.

“Saya selalu marah peminat saya beli surat khabar atau berkenaan dengan duit. Saya tidak sokong penyokong saya menyokong saya dengan duit.

“Kalau nak cakap duit, saya ada duit. Jangan buang duit anda. Kalau undi atas talian tidak mengapa, itu tidak guna duit.

“Saya tidak mahu bebankan orang. Duit itu boleh buat benda lain daripada dihabiskan kepada artis pujaan.

“RM50 dihabiskan untuk artis pujaan? Kita boleh dapat beras sekampit,” katanya.

Sumber: Projek MMO



Sumber Johan marah peminat buang duit undi artis pujaan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2reS0hg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.