Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suami Mimpi Isteri Kahwin Lain. Apa Yg Berlaku Selepas Dia Jaga Dr Tidur Buat Isterinya TERKEJUT !!! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suami Mimpi Isteri Kahwin Lain. Apa Yg Berlaku Selepas Dia Jaga Dr Tidur Buat Isterinya TERKEJUT !!!

Aku ada seorang isteri dan 2 orang anak. Satu malam aku mimpi isteri aku kahwin satu lagi, aku dimadukan oleh isteri aku sendiri. Isteri aku siap pesan jgn ganggu ketika dia hendak “bersama” dengan suami barunya itu. memang panas dan sakit hati aku. Aku terjaga dr tidur dan aku nampak isteri disebelah. Kerana sakitnya hati aku sb mimpi tu aku terus…..

Suami Mimpi Isteri Kahwin Lain. Apa Yg Berlaku Selepas Dia Jaga Dr Tidur Buat Isterinya TERKEJUT !!! | Saya seorang suami kepada 2 orang cahaya mata. Baru-baru ini saya bermimpi Isteri saya bernikah lagi satu dengan seorang lelaki dengan erti kata lain, saya telah dimadukan oleh Isteri saya sendiri. Di dalam mimpi itu Isteri saya memakai pakaian pengantin dan sedang bersiap hendak bernikah.

Gambar Sekadar Hiasan
Dia mengarahkan saya untuk menjaga anak kami yang masih kecil. Kemudian setelah Isteri saya dan lelaki itu selesai dan selamat bernikah mereka pulang ke rumah yang saya tinggal sekarang dengan pakaian pengantin. Isteri sekali lagi mengarahkan saya untuk menjaga anak kami sementara Isteri hendak bersama dengan suami barunya.
Isteri berpesan supaya jangan ganggu ketika mereka tengah bersama dan mereka terus masuk ke bilik dan menguncinya. Ketika saya sedang menonton TV dekat ruang tamu saya terdengar gelak ketawa mereka di dalam bilik dan kadang-kadang bunyi suara merengek. Hati saya ketika itu sudah panas. Hanya Allah yang mengetahui betapa sakitnya hati ini. Saya dengan penuh rasa geram dan terus menolak pintu bilik dengan sekuat hati Bertambah geram dan marah apabila melihat mereka sedang bercumbuan di atas katil. Mengigil tubuh badan saya menahan marah. Tersedar dari Tidur dan mimpi itu saya mengucap panjang.
Tersedar dari tidur saya bangun dan lihat Isteri di sebelah saya terus cubit-cubit, tampar Isteri sambil menjerit. Walaupun saya tahu saya hanya bermimpi tapi saya tidak dapat menahan sakit hati. Saya tampar isteri sebab nak balas dendam sebab saya sakit hati. Isteri saya yang tengah sedap tidur terkejut dengan tindakan saya.
Walaupun kejadian ini sudah pun seminggu berlalu namun masih terasa sakit hati itu sehingga ketika menulis perkongsian ini pun hati masih lagi sakit. Allah, lamanya nak hilangkan sakit hati ini. Sekarang barulah saya sedar kenapa ramai wanita marah bila suami hendak berkahwin lain. Saya sudah merasainya walaupun hanya dalam mimpi. Kalaulah ditakdirkan wanita boleh berkahwin lebih dari satu rasanya saya tak sanggup. Ya Allah, betul-betul tak sanggup, mungkin ramai lelaki akan meroyan apabila perempuan boleh berkahwin lebih dari satu.
Jadi sedarlah suami-suami diluar sana, hati perempuan mana sanggup melihat suaminya bersama insan lain. Kalaulah ditakdirkan Isteri boleh bernikah lebih dari satu, anda pun tak sanggup rasanya melihat isteri bersama lelaki lain.
Sekadar luahan hati seorang suami. Jangan kecam saya, sekadar kongsi mimpi yang saya alami.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pyhmK0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.