Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pandikar Amin tawar diri jadi calon BN: “Saya paling sesuai” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pandikar Amin tawar diri jadi calon BN: “Saya paling sesuai”

Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyifatkan dirinya mempunyai pengalaman yang cukup untuk menjelaskan isu-isu berbangkit kepada rakyat jika dipilih sebagai wakil rakyat.

Menurutnya, sejak sembilan tahun menjawat jawatan speaker Dewan Rakyat, beliau kini lebih memahami pelbagai isu yang sering dibangkitkan oleh kerajaan dan pembangkang pada persidangan dewan.

“Kalau saya menawarkan diri saya begitu (menjadi calon pilihan raya umum), barangkali sayalah yang paling sesuai kerana telinga saya yang sudah mendengar hujah daripada kerajaan, daripada pembangkang selama sembilan tahun mengenai isu global, isu domestik, isu nasional.

“Kalau saya dibenarkan untuk berpolitik kembali, di peringkat akar umbi yang paling penting ialah apabila kita faham isu-isu yang dibangkitkan, kita dapat memperjelaskan kepada masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Pesta Kaamatan peringkat daerah Kota Belud dan Program Negaraku@Komuniti di sini hari ini.

Sambil berseloroh mengenai umur sebenarnya, Pandikar Amin, 60-an, berkata usia seseorang bukan penghalang kepada usaha memajukan dan memakmurkan rakyat keseluruhan.

Malah, beliau berkata kepelbagaian cara setiap pemimpin yang berpengalaman boleh dianggap sesuatu yang baik untuk negara.

“Contohnya, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, seorang pemimpin yang lama berkhidmat di Semenanjung dan lama berkhidmat di Sarawak dan berumur pula.

“Tetapi apabila Allahyarham balik ke Sarawak sebagai ketua menteri, dengan gayanya yang tersendiri oleh kerana sarat dengan pengalaman, Barisan Nasional menang balik kawasan-kawasan yang dimenangi oleh DAP dulu pada pilihan raya negeri,” katanya.

Pandikar Amin mengakui berminat untuk kembali ke dunia politik di Sabah, tetapi menyerahkan kepada pucuk pimpinan Umno dan Barisan Nasional untuk menentukan sama ada beliau sesuai dicalonkan pada pilihan raya umum akan datang sama ada untuk kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.

“Itu adalah hak pucuk pimpinan parti…. saya cuma menawarkan diri,” katanya.

 

Sumber: Malaysiakini



Sumber Pandikar Amin tawar diri jadi calon BN: “Saya paling sesuai”

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rekl6D

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.