Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bawa Ayah Dgn Kaki PENUH ULAT Di Hospital. Lepas Masuk Bilik Rawatan Anaknya Tiba-Tiba…. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bawa Ayah Dgn Kaki PENUH ULAT Di Hospital. Lepas Masuk Bilik Rawatan Anaknya Tiba-Tiba….

Korang takkan percaya dengan apa yang saya cerita ni. Saya pernah dapat pesakit yang badannya penuh dengan ulat sampah! Waktu anak dia masuk bilik berjumpa dengan nurse kat bilik sebelah nampak macam sopan je. Bila ditanya kenapa datang ke hospital katanya ada ulat kat kaki ayahnya. Nurse tu dah curiga dah sebab biasanya luka yang berulat ni sebab tak pernah dicuci je ataupun sebab pesakit tu memang orang kurang siuman yang tak suka lukanya dicuci.


Sekadar Gambar Hiasan.

Bila masuk je pakcik tu ke bilik pemeriksaan, bau daging mati semerbak memenuhi ruangan bilik. Saya dah tak sedap hati dah walaupun saya nampak je kaki si pakcik tu dah berbalut. Bila saya angkat je pakcik tu ke katil, saya nampak lembaga kecil dalam lebih kurang 1 cm tengah merayap rayap kat kaki si pakcik. Tiba-tiba makin banyak dan akhirnya memenuhi lantai dan katil kat bilik rawatan.Nurse yang muda memang dah lari bertempiaran dah. Tinggal la saya dan seorang nurse senior kat situ. Sambil saya kutip ulat tu satu persatu saya tengok je muka anak pakcik tu. Anak pakcik tu boleh pulak buat muka meluat tengok ulat tu semua sambil buat-buat pakai sarung tangan. Kononnya nak bantu pegang si ayah tapi sampai ke sudah tak pegang langsung pun ayahnya.

Korang jangan ingat ni kes terpencil je. Ni kes yang biasa orang kat hospital handle tau. Kita pun sebagai ibu bapa jangan la ingat cara didikan kita ni dah terbaik. Tanya orang yang lebih tahu. Kadang-kadang kita tak sedar pun cara didikan kita la yang melahirkan anak yang kejam terhadap ibu bapanya suatu hari nanti. Antara contoh didikan yang boleh membuatkan anak jadi tak hormat pada kita adalah :

1. Terlalu manjakan anak secara melampau.Anak mengadu kena cubit sikit terus kita pergi jumpa guru besar untuk buat report. Anak mengadu kena rotan dengan warden sebab tak solat subuh terus kita pergi asrama dia untuk serang warden balik. Kalau depan anak pun kita tak boleh respect seorang guru, camne kita nak anak kita respect ibu bapanya?

2. Ikuti segala kemahuan anak. Ada masanya kita kena ajar anak yang tak semua yang dia nak tu dia akan dapat. Cuba ajar anak untuk kawal kemahuan dia pada sesuatu. Selalu ceritakan kat anak kisah fakir miskin dan orang yang kurang bernasib baik. Biar dia belajar untuk mensyukuri apa yang ada di dalam tangan.

3. Segan nak belajar agama depan anak. Ada ibubapa yang segan nak mengaji dan belajar agama depan anak-anak. Kalau nak anak suka pada agama bukan dengan cara kita suruh dan bebel dia untuk suka pada agama tapi tunjukkan la pada si anak yang kita yang dah tua bangka ni pun masih berminat untuk mendalami ilmu agama.

4. Lupa nak jelaskan hukum hormat ibubapa.Walaupun anak kita mungkin dah diajar dalam silibus buku teks sekolah tentang hukum taat pada ibubapa tapi kita kena la selalu sebut tentang hukum taat pada ibubapa ni kat anak-anak. Cakap je yang nombor 1 kena sayang pada Tuhan. Nombor 2 kena sayang pada Nabi. Nombor 3 kena la sayang pada ibu bapa sendiri.

5. Kita lupa nak kawal hiburan anak-anak.Hiburan utama anak-anak kita biasanya televisyen dan internet. American Academy of Paediatrics ( AAP ) mengatakan keganasan di dalam media massa ( media violence ) boleh menyumbang kepada perbuatan ganas anak-anak kita semua.

Jadi apa tunggu lagi, sebarkan info dan mesej ni seluas-luasnya kepada seluruh ibu bapa di Malaysia ya supaya kes ibubapa yang diterlantarkan oleh anak sendiri akan semakin berkurangan. Jangan kerana kesilapan kita sendiri dalam mendidik anak-anak membuatkan anak-anak kita sendiri yang berlaku kejam pada kita semua. Saya Dr Taufiq Razif sendiri mendoakan agar anak-anak kita semua menjadi aset terbaik kita untuk sampai ke syurga sana, bukannya menjadi beban yang mengheret kita ke lembah neraka. Amin! – DR TAUFIQ RAZIF



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pKGg5g

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.