Hi! Welcome Back and Stay Tune! Heliza berdakwah sambil berhibur - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Heliza berdakwah sambil berhibur

DALAM menarik perhatian masyarakat terutama generasi muda, Heliza Helmi lebih selesa mengambil pendekatan berdakwah sambil berhibur.

Bahkan, selebriti berusia 31 tahun ini mengakui diminta penganjur untuk menyanyi ketika menjayakan sesuatu program motivasi mahupun ceramah.

Kelebihannya sebagai penyanyi digunakan juga ketika terlibat dalam talk atau forum.

“Lagipun saya dapati kaedah itu lebih berkesan sebagai usaha untuk berdakwah. Paling penting dapat beri manfaat kepada orang lain,” katanya kepada Media Hiburan.

Terus berdakwah, Heliza bagaimanapun menyedari keterbatasannya sebagai wanita lebih-lebih lagi apabila melibatkan hukum agama.

Tidak mahu berbuat silap, anak kelahiran Terengganu ini membuat rujukan mengenai aurat suara wanita dan merujuk guru agama bagi mencari jawapan.

“Apa yang saya dapati, memang banyak hukum dan pandangan mengenai perkara ini,” katanya.

Katanya, ada beberapa garis panduan bagi wanita mengenai aurat antaranya lirik, lokasi persembahan dan keadaan tertentu.

Pada masa sama, Heliza juga akan membuat rujukan sebelum meneruskan persembahan yang dirancang bagi mengelakkan perkara tidak diingini selain menerima pendapat daripada individu yang arif agar persembahan itu menjadi lebih baik.

Peserta Akademi Fantasia musim kelima ini pernah memperlahankan karier nyanyiannya semata-mata mencari jawapan soal tersebut.

“Saya pernah rasa bersalah dan mencari-cari jawapannya. Akibatnya, saya cuba relaks dan tarik handbrake sekejap dalam bidang nyanyian.

“Tapi, saya menyanyi pun tak ada lenggok-lenggok, hanya ingin menyampaikan sesuatu mesej dakwah,” katanya.

Pun begitu, Heliza terbuka menerima pandangan atau pendapat demi usaha mencari kebaikan dalam meneruskan karier nyanyiannya.

“Alhamdulillah, saya lihat karier ni boleh beri manfaat kepada orang ramai.

“Tapi, saya juga tahu, setiap orang ada pandangan masing-masing. Jika saya ada buat salah, maka tegurlah. Insya-ALLAH, saya akan cuba baiki kelemahan saya.

“Itu juga untungnya apabila kita berpeluang ikut kelas usrah,” katanya yang ligat menjayakan program ceramah dan motivasi bersama adiknya, Hazwani Helmi.

Bersara dalam bidang lakonan?

Bukan hanya sebagai pakar motivasi dan penyanyi, Heliza juga aktivis kemanusiaan selain aktif dalam bidang pengacaraan.

Kini, Heliza lebih berfokus pada kerja-kerja amal dengan menyertai pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) seperti Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Muslim Care, Aman Palestin dan Peace for Yaman.

“Saya juga masih terbabit sebagai pengacara dalam program SIS di TV9,” katanya.

Secara tidak langsung, kesibukan dengan pelbagai tugas membatasi Heliza untuk kembali aktif berlakon.

“Saya masih menerima tawaran berlakon tetapi jadual yang padat menyebabkan saya terpaksa menolak.

“Tapi, itu bukan bermakna saya tak mahu berlakon cuma masih belum berkesempatan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Heliza bakal muncul dengan single terbaru, Izinkanlah hasil ciptaan Erwan Muhibbain.

Pelakon Warkah Cinta ini juga akan tampil dengan single, Meriahnya Hari Raya, hasil kolaborasi dengan butik pakaian Elle Zada sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

The post Heliza berdakwah sambil berhibur appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r5MY9K

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.