Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Perli Boleh, Fitnah Saya Saman’ – Ahmad Maslan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Perli Boleh, Fitnah Saya Saman’ – Ahmad Maslan

Ahmad Maslan berkata, pemimpin yang menjadi mangsa fitnah di media sosial disaran menjejaki dan menyaman pihak terlibat.

KUALA LUMPUR — Pengerusi Biro Teknologi Maklumat Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, pemimpin yang menjadi mangsa fitnah di media sosial disaran menjejaki dan menyaman pihak terlibat.
Beliau berkata tindakan undang-undang dapat mengurangkan budaya fitnah dan mewujudkan suasana media sosial lebih beretika, lapor BH.
“Cari pemilik akaun media sosial dan saman mereka yang memfitnah, seperti yang dibuat oleh presiden Umno.
“Supaya pemfitnah berhenti daripada berbuat demikian dan tahap etika penggunaan media sosial akan meningkat.
“Saya juga akan saman jika ada orang fitnah saya selepas ini. Memang sebelum ini saya gunakan #AdaAkuKisah di media sosial jika ada yang perli atau menyindir saya.
“Ahli politik mana yang tidak diperli, itu biasa. Tapi jika fitnah, memang aku kisah,” Katanya.
Ahmad berkata Datuk Seri Najib Razak menyaman Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berhubung kenyataan dalam rakaman video membabitkan pembentangan pindaan Rang Undang-undang (RUU) Akta 355, bulan lalu.

Selain itu, presiden Umno itu memfailkan saman terhadap Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli berhubung kenyataan fitnah isu subsidi minyak, dua tahun lalu.-Suara.TV


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r6jNU9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.