Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kisah Cinta Seekor Kucing Yang Rindukan Tuannya Hingga Ke Hujung Nyawa... - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kisah Cinta Seekor Kucing Yang Rindukan Tuannya Hingga Ke Hujung Nyawa...




 Anda pasti merasa sayu apabila membaca perkongsian daripada seorang lelaki yang menceritakan bagaimana seekor kucing yang dipanggilnya abang itu seolah mengerti apa itu kesedihan apabila tuannya atau sahabatnya itu telah pergi untuk selama-lamanya.

Ketika hayat sahabatnya itu (ayah kepada penulis) membelai abang dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak penuh, malah dikatakan mereka berkongsi kegembiraan dan kesedihan bila mana sentiasa bersama-sama setiap masa.

Namun, semenjak sahabatnya itu telah meninggal dunia, abang seolah memahami apa itu kematian dan kesedihan. Keceriaan abang seperti sebelum ini tiada lagi dan seolah semua itu telah dirampas yang menyebabkan abang menjadi rindu pada sahabatnya yang dikasihi itu sehinggakan tidak berselera makan dan minum yang akhirnya menjadikan abang kurus tidak bermaya.

Setelah pemergian sahabatnya, abang yang dahulunya periang kini menjadi murung, tubuh montel dan badannya yang gebu itu tiada lagi. Abang menjadi pendiam, membisu serta seperti tiada lagi semangat untuk meneruskan hidup tanpa sahabatnya di sisi yang dirindunya selalu.

Oleh: Azreen MJ

Kisah Cinta Kucing Kepada Tuannya
 
10 Mei 2017, genap 2 minggu pemergian tuannya (sahabatnya). Dari seekor kucing yang gebu, manja dan menyit, kini menjadi sekurus-kurus kucing. Makan pun tak mahu, hanya duduk termenung menanti kepulangan sahabatnya yang telah kembali ke rahmatullah.

9 Mei 2017, ketika aku solat maghrib bersama isteri tersayang, surah lazim aku baca ayat Qursi seperti mana sahabatnya amalkan. Dari atas katil ku tanpa bermaya dia turun ke kaki ku. Tanpa menahan sebak airmata aku menitis ketika solat. Ternyata ia amat merindui suara tuannya.

Seusai solat. Aku berkata dengannya, "abang rindu atok ya, abang rindu suara atokkan. Esok cik boy bawa pergi jumpa atok kat kubur ya". Hampir dua minggu ia diam. Dengan kuasa Allah abang pun bersuara meow dua kali". Air mata aku usah cakap, bercucuran jatuh.



Abang sebelum pergi ke kubur tuannya.



Abang ketika sampai di kubur tuannya.



Abang setia menemani tuannya di kubur.


Pada 10 Mei semalam, kakak dan aku bawa ia ke kubur sahabatnya, iaitu ayahanda ku. Satu keajaiban dalam hidupku, ia berjalan dengan tenaga yang ada menuju sendiri ke pusara sahabatnya.

Ya Allah, sungguh menakjubkan kuasa Allah, walhal bukan dia tahu tu kubur tuannya, tapi dia tahu itulah pusara sahabat baik teman semakan dan ibadah. Cinta mereka berdua amat kuat. Abang siap baring dan mencium pusara sahabatnya. Lama juga dia melepaskan rindu. Nampak gembira dari air mukanya. Allahurobbi.

Tapi kuasa Allah menentukan qada dan qadar. Malam tadi 10 Mei 2017, abang kembali menghadap penciptanya. Pada hari Rabu yang sama hari sahabatnya meninggal, dan genap dua minggu tarikh arwah sahabatnya meninggal.

Abang pergi jua akhirnya.


Sambil ku melihat airmata abang meleleh membasahi alur hidungnya. Kini kucing yang berkongsi makan bersama, bersembang bersama dengan tuannya, dan menemani tuannya bersolat dan berwirid telah tiada. Mungkin ini janji mereka berdua yang Allah makbulkan. Tenanglah kau disana Abang bersama atok.

Nanti kat sana 'abang cakap dengan Allah, atok jaga abang dan sayang adik adik abang. Pimpin tangan atok masuk syurga ya!

Kucing bernama 'Abang'.

Sahabat, atok iaitu ayahandaku.

Al Fatihah.

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pLttyA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.