Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suspek Kes Samun, Rogol Pernah Ditahan Polis Wangsa Maju - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suspek Kes Samun, Rogol Pernah Ditahan Polis Wangsa Maju

Polis mengesahkan dua suspek yang dipercayai terbabit kes samun dan rogol di sebuah premis judi dalam talian di Bandar Kinrara, Puchong, Khamis lalu,

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan dua suspek yang dipercayai terbabit kes samun dan rogol di sebuah premis judi dalam talian di Bandar Kinrara, Puchong, Khamis lalu, pernah ditahan untuk pemeriksaan di Wangsa Maju selepas kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif, ketika dihubungi BH, hari ini mengesahkan kedua-dua suspek ditahan sepasukan anggota polis yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah di Jalan Genting Klang, di sini, kira-kira jam 2.30 petang.
Beliau berkata, sebelum itu, pihaknya ada menerima maklumat mengenai kegiatan dua lelaki yang aktif melakukan samun premis perniagaan di beberapa daerah lain.
"Ciri-ciri dimiliki kedua-dua suspek berkenaan menepati maklumat berkenaan, justeru mereka ditahan untuk pemeriksaan.
"Pemeriksaan mendapati dua lelaki itu adalah adik-beradik berasal dari Setapak berusia 22 tahun dan 26 tahun.
"Semakan lanjut tidak menemui sebarang rekod jenayah lampau atau sebarang kesalahan yang boleh mengaitkan mereka dengan kegiatan jenayah.
"Selepas selesai semakan terhadap latar belakang serta kenderaan (motosikal) dinaiki mereka, kita tidak menemui senjata atau sebarang perkara salah, maka kedua-duanya dibebaskan pada hari sama," katanya.
Katanya, ketika pemeriksaan dilakukan ke atas suspek, pihaknya tidak mengetahui mereka ada melakukan jenayah di Serdang sebelum itu.
"Anggota kita memang ada mengambil beberapa gambar ketika kedua-dua suspek dibawa ke Balai Polis Setapak untuk proses semakan sebagai rekod mereka.
"Sejurus video kejadian itu menjadi viral, kita ada berhubung dengan polis daerah Serdang untuk berkongsi maklumat dan kita sedia membantu untuk mengesan suspek," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias, berkata identiti kedua-dua suspek sudah dikenal pasti dan usaha mengesan mereka sedang dijalankan.
Terdahulu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian berkenaan viral di media sosial sejak Jumaat lalu menunjukkan dua lelaki merogol seorang wanita secara bergilir-gilir.

Rakaman video berdurasi empat minit lima saat itu nyata menimbulkan kemarahan netizen dan rata-rata mereka menggesa pihak polis menyelesaikan kes itu dengan segera.-Berita Harian Online


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2pLuRkL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.