Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Abang Minta Maaf, Abang Tak Mampu Melupakan Adik Angkat, Abang Ceraikan Awak Dengan Talak Satu" Kata Suami... - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Abang Minta Maaf, Abang Tak Mampu Melupakan Adik Angkat, Abang Ceraikan Awak Dengan Talak Satu" Kata Suami...


Abang minta maaf, abang tak mampu melupakan dia," kata suami. 

"Pergilah abang, pergilah kepadanya. Adik angkat yang abang sayang dan cinta," kataku. 

Hadirku memutuskan silaturrahim kalian. Yang aku percaya kau memang ikhlas ingin melupakannya. Ternyata hanya bicara manismu. 

Sepuluh tahun bersama denganmu, dalam tempoh itu juga aku ditipu dan kau merahsiakan cinta terlarang itu. Di depan aku, engkaulah malaikat. Tetapi di belakang, engkau syaitan terlaknat. 

Aku benci kau kerana menipuku. Sepuluh tahun aku diperbodohkan dan dipermainkan hati dan perasaan. 

Hari itu, hari terakhir buat kita. Saat kau bawa cinta hatimu bertemu dengan aku, syukur Allah telah memberikan aku kekuatan. Tanpa rasa malu dan segan, apatah lagi rasa bersalah, kau lafazkan kata-kata itu. Kata-kata keramat itu sambil menggenggam erat jari jemarinya. 

"Abang ceraikan Syira dengan talak satu..." 

Tiada air mata, tiada tangisan. Hanya aku yang tersenyum menatap wajah kamu berdua bersilih ganti. 

"Semoga jodoh kamu berdua sampai ke akhirat..."

Kini sudah lima bulan berlalu. Kau masih setia mengirimkan hadiah dan bunga untukku. Baru lima bulan sejak kau ceraikan aku. Di mana cinta hatimu? Sungguh, hatimu mudah berubah. 

Telah banyak kali aku tukar nombor telefon, tetapi kau tetap berjaya mendapatkannya. Hingga aku akhirnya terpaksa berpindah tempat kerja. 

Baru aku sedar, meroyan bukan hanya pada isteri selepas bersalin. Tetapi juga pada suami yang menyesal kerana menceraikan isterinya tanpa alasan yang munasabah. 

Jadilah suami yang bijak, bukan yang diperbodohkan dek kerana nafsu. Isteri yang tidak punyai apa-apa kesalahan, kau ceraikan begitu saja. Sudahnya kau juga yang gila. 

Buat kau, bekas suamiku, tiada tempat lagi buatmu di hati ini. Waima kau sanggup menunggu untuk sepuluh tahun lagi. Lidahmu bercabang, aku takkan percaya lagi dan usah sesekali bermimpi. 

Sekarang aku lebih bahagia begini, hidup sendiri tanpa hati disakiti. Tolong jangan ganggu aku lagi.

Sumber: KRT


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rfmKPy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.