Reman 9 individu termasuk 2 OCPD disambung lima hari
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan tempoh reman terhadap suspek terbabit dilanjutkan sehingga 27 Mei ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibuat di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Mereka yang berumur antara 31 hingga 54 tahun sebelum ini direman enam hari sejak 17 Mei lalu bagi membolehkan siasatan dijalankan.Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009.
Enam daripada sembilan individu itu adalah pegawai polis yang bertugas di Melaka manakala tiga lagi adalah orang awam.
Dilaporkan SPRM membekukan beberapa akaun bank milik sembilan itu susulan siasatan terhadap kes berkenaan. - BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qbfUZH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment