Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Perlahan-lahan terhidu bau wangi, saya dah mula rasa lain macam" - Luahan Pemandu Uber - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Perlahan-lahan terhidu bau wangi, saya dah mula rasa lain macam" - Luahan Pemandu Uber

"Perlahan-lahan terhidu bau wangi, saya dah mula rasa lain macam" - Luahan Pemandu Uber

"Perlahan-lahan terhidu bau wangi, saya dah mula rasa lain macam" - Luahan Pemandu UberAssalamualaikum, saya nak kongsi cerita pengalaman saya selama setahun sebagai pemandu Uber. Saya kerja tak ikut masa, ikut suka saya saja.

Nak dijadikan cerita, malam semalam saya buat Uber di Pulau Pinang. Semasa dalam perjalanan pulang dalam jam 12.00 pagi di Tanjung Bungah, saya dapat satu 'alert' customer yang meminta saya datang menjemputnya.

"Perlahan-lahan terhidu bau wangi, saya dah mula rasa lain macam" - Luahan Pemandu Uber


"Ini last customer. Lepas ni, terus," getus saya dalam hati.

Tanpa berfikir panjang, saya tekan 'accept' permintaan customer dan pandu mengikut arah yang ditunjukkan dalam maps telefon bimbit.

Saya terus ikut saja arah yang diberi sehinggalah saya ternampak kubur cina di depan mata. Saya dah mula hairan, tetapi saya layan dulu. Manalah tahu kalau customer itu baru lepas siram kubur ibu dia ke apa. Hahaha!

Tetapi yang syoknya, maps di telefon tertera "we are arrived". Saya tengok sekeliling gelap, tiada sesiapa pula yang kelihatan sedang menunggu. Saya buka customer info untuk mendapatkan nombor telefonnya dan tanya dia ada di mana sebab maps menunjukkan saya telah sampai.

Buka info, memang tiada sebarang info mengenai customer sebab masa mula-mula saya terima permintaan itu, hanya keluar panggilan dari 'JOI' dan saya terus tekan 'accept' sebelum tiba di lokasi berdasarkan maps yang diberi.

Tiba-tiba aplikasi Uber offline. Saya tunggu selama lima minit lagi. Manalah tahu kalau customer baru turun dari kubur atau baru keluar rumah. Tetapi perlahan-lahan saya terhidu bau wangi seperti ada sesuatu di dalam kereta.

Saya dah mula rasa lain macam. Tapi nak menyedapkan hati, saya layan saja dan bercakap seorang diri.

 Aku dah sampai sini, siapa nak bayar trip aku ke sini?

Selepas itu saya tekan 'start trip' semula. Dalam masa yang sama, aplikasi itu kata saya sudah tiba di destinasi customer. Terus tertera 'Drop Off'.

Kalau anda pemandu Uber, setiap berakhirnya trip, anda hantar customer sampai ke destinasi, memang maps akan keluar 'drop off', bermakna sudah sampai. Bayangkan bagaimana kalau betul customer request, tetapi tak letak detail dan tempat dia nak drop, mana boleh proceed maps itu? Tak mungkin!


Tetapi apa yang menjadi tanda tanya pada maps ini, tertera alamat customer nak turun 'unknown'. Kalau difikirkan semula dan perhatikan maps, jarak dari tempat pickup ke destinasi hanya sejauh 0.01 kilometer. Gila apa jarak dekat begitu nak naik Uber? Ah! Ini sudah semakin pelik. Saya terus keluar dari jalan raya itu sebab keadaan menjadi semakin pelik.

Lima kilometer kemudian, saya ternampak stesen minyak. Saya singgah pergi tandas, refresh apa yang patut dengan harapan bau wangi tadi hilang sebab saya nak balik ke rumah!

Apabila kembali semula ke kereta, bau wangi itu masih ada lagi.

 Aduh! Dia tak blah (berambus) lagi ke?

Saya syak 'benda' itu mengekori saya dari kubur itu tadi.

Selepas itu, saya dah malas nak buang masa sebab memang sumpah seram sejuk dah masa itu. Saya beranikan diri juga bercakap semasa masuk dalam kereta.

 Saya nak balik dah ni. 'Awak' turun, jangan ikut saya. Saya nak balik...

Saya pun masuk dan baca bismillah dengan ayat Qursi. Lima minit kemudian, bau itu hilang. Ya Allah leganya hati saya. Terus saya call isteri dan cakap dalam perjalanan pulang ke rumah.

Nak percaya atau tidak, terpulang. Tetapi sumpah saya tak tipu bahawa inilah pengalaman saya yang paling tidak baik sepanjang menjadi pemandu Uber. Tapi itu bukan alasan untuk melemahkan semangat saya untuk mencari rezeki dengan Uber.

Cuma saya nak berpesan, jagalah diri baik-baik. Selepas ini kalau tengah malam maps dah bawa masuk jalan gelap pendalaman pelik, lebih baik buat pusingan U saja. Bimbang 'benda' itu atau orang nak merompak ke apa.

Sekian cerita pengalaman saya sebagai pemandu Uber buat anda semua.

Sumber: Facebook (tidak diketahui)


✍ Sumber Pautan : ☕ The Viral News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rL4oW2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.