Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Dia Sepak Kepala Saya Sebab Saya Kejut Dia Bangun Solat Hari Raya' - Isteri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Dia Sepak Kepala Saya Sebab Saya Kejut Dia Bangun Solat Hari Raya' - Isteri

'Dia Sepak Kepala Saya Sebab Saya Kejut Dia Bangun Solat Hari Raya' - Isteri | Saya seorang single mummy berumur 22 Tahun. Saya ada seorang anak, umur 2 tahun. Saya diceraikan pada raya pertama tahun lepas.

Puncanya, kami bergaduh pada masa 1st raya tu, sebab saya saya kejut dia bangun pergi sembahyang hari raya, banyak kali saya kejut. Dia tak bangun. Lepastu mertua saya asik ketuk pintu tanya suami saya dah bangun ke belum. Saya cakap belum, mertua saya membebel bebel. Lepastu saya cuba kejut sekali lagi, tak bangun juga, saya dah giveup, saya kejut dia bangun dia sepok kepala saya. Marah marah saya, marah anak saya. Saya sedih, saya taktahan dah masa tu.

Saya ambil keputusan untuk balik ke kampung atuk saya raya pertama tu, lepastu saya packing packing la barang saya, saya whatsapp , makcik. Masatu mak abah saya beraya di Penang, jadi yang ada kat sini makcik saya. Jadi saya whatsapp dan call makcik saya supaya ambil saya, makcik saya kata dia ambil .. Saya tggu lah.

Sementara menunggu, dia buat bodoh je dengan saya dengan anak. Umpama saya dengan anak tak wujud. Lepastu, makcik dan sedara saya sampai, bila saya nak keluar dr rumah tu, dia dah marah sangat. Sampai dia kata , kalau saya keluar dr rumah ini, dia akan ceraikan saya. Masa tu saya bebetul fikir apa yang saya dah lalui hidup bersama dengan dia selama 3 tahun.
Jadi, saya keluar dr rumah tu. Dan saya redha dengan apa yang berlaku.

Sepanjang saya berkahwin, saya dilayan umpama binatang, diterajangnya saya, sepak saya, habis badan saya lebam sana sini. Sampai satu hari di pukul saya depan mak abah, mak abah saya terkedu. Kerana dia sanggup buat macam tu kat saya depan mereka.

Suami saya ni, dia seorang yang panas baran. Kalau ada yang tak kena mula lah hantu dia naik walaupun benda tu kecik.
Lpastu dia curang dengan saya. Dia sentuh adik sedara saya. Adik saya sendiri untuk puaskan nafsu serakah dia. Baru saya tahu skrg. Mula mula macam tak percaya. Tapi benda dah jadi. Takboleh nak buat apa.

Jadi saya pun, moveon. Dan saya yakin. Saya boleh hidup sendirian tanpa dia.
Tempoh hari naik mahkamah, dia berlakon, konon nya taknak berpisah dengan saya, sampai ambil pisau konon nak bunuh diri, ambil simpati, yang dia nak rodok perut dia, tapi itu semua hanya lakonan semata. Sebab saya ada jumpa dia di kedai makan. Saya tengok perut dia takde apa apa luka. Saya diam. Saya hanya mampu gelak dan cakap kat abah saya, dia perbodohkan kita dengan lakonan dia.

Lpastu, dia msg saya cakap itu kata makan sisa makanan apa semua, takde duit sebab nak saya kesian dan simpati terhadap dia. Dia suruh saya terima dia semula.

Hati saya sakit. Sakit. Lepas apa yang dia buat. Saya susah senang dengan dia. Tapi ini balasan dia pada saya. Dia hina saya. Cakap saya macam macam. Luluhnya hati. Walhal kita sentiasa ada dengan dia. Dituduhnya kita macam macam ..

Tapi skrg , saya dah pun moveon. Hati saya dapat terima dengan hati yang terbuka. Semoga dia bahagia bersama teman baru dia .
Saya doakan supaya dia beri nafkah pada pengganti dia bila dah kahwin nanti. Saya harap dia tak berhutang sana sini lagi. Bila dia dah dapat pengganti. Saya harap ... Dia baik baik sahaja kat luar sana.

Untuk kawan kawan sebaya saya ataupun apa, yang dah jadi single mum, jangan mudah putus asa. Teruskan hidup, besarkan anak, cari aset, buktikan pada mereka. Tanpa mereka kita boleh hidup senang. Semoga allah permurahkan rezeki kita suami ni, ameen in sha allah



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r9tjpP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.