‘Patutlah dia selalu marah bila aku nak kahwin dulu’ – Gadis cerita pengalaman disantau kawan baik sendiri
Tak tahu nak mula dari mana. Tak semua orang yang percaya pada sihir atau santau. Aku sendiri tak percaya benda macam ini. Mahu dijadikan cerita, 3 hari sebelum aku bertunang. Muka aku bernanah teruk.
Di dalam hati, Allah saja tahu aku tengok muka aku buruk dalam sekelip mata. Tetapi masa itu aku baru lepas minum madu. Jadi aku salahkan madu. Aku cuba positif dan ambil mood sebab mahu bertunang lgi 3 hari walaupun hati aku sebenarnya sedih sgt. Masa bertunang aku nampak famili lelaki semua terkejut tgok muka aku. Yela sebelum ni muka aku cantik licin elok je. Aku malu bila famili dia pandang and tegur kenapa muka. Hari berlalu sampai lah 2 bulan selepas tu ada hamba Allah menegur muka aku ni bukan jerawat biasa. Bo wonder lah aku pergi buat chemical peel, aku buat carbon laser semua tak jd pape. Makin worst ada lah. Tapi bila hamba Allah tu tegur. Aku cuba berubat kampung.
And , yes. Kata ustaz sebuah tahfiz tu aku disantau.
Tak puas hati jumpa sorg ustaz aku cari lagi org lain. Sampi org ketiga aku jumpa dia cerita org yg santau aku ni nak bakal suami aku. Tapi bakal suami aku tak nak dia. Ustaz tu siap ckp ciri2 pompuan yg hantar santau ni. Tapi ak tak dpt nk agak, ak cerit kt tunang aku. Dia serba salah dia ingatkan kawan2 pompuan dia. Yela aku mengaku dia mmg hensem and bergaya. So aku down. Aku rase ak tak layak untuk die. Muka aku mula berkudis dan berkuping. Aku malu nak jumpa dia. Tapi lepas 3 bulan bertunang dia nak juga jumpa aku dia nk tgok keadaan aku depan mata dia. Bila jumpa alhamdulillah dia masih ok.
Lagi 3 bulan nak kahwin, kami tunang tak lama. Tarikh diawalkan. Sbb ada famili lelaki nk cepatkan sbb dia tanak org yg menyantau aku buat aku lagi teruk. Katanya. Byk Allah bagi aku petunjuk. Tapi aku nampak sebenarnya siap dalang semua ni jadi.
2 minggu sebelum aku kahwin, aku jumpa sorg kakak. Dia pndai berubat. Aku ikhtiar lgi selagi aku ada masa. Alhamdulillah muka aku makin ok. Before aku kahwin aku ajak kawan baik aku yg selama ni aku usung ke mana saja pergi spa or pergi klinik kulit beli brg and mcm2. Aku ajak dia tidur dgn ak spent time dgn aku before aku jd bini org. And masa dia masuk bilik aku ada bau bangkai. Aku ada tegur muk dia berubah. Tapi keadaan terus senyap. Ak tak syak pape lgi. Aku cuma msg akak yg berubat aku, aku gtau dia bilik aku bau bangkai malam tu. Die cuma jawab bawa bertenang fokus hari nikah.
Esok nak nikah ak down sbb tetibe muka yg dh elok baik jd buruk balik sedangkan malam tu ak nak nikah. Aku tggu kawan baik ak datang ak nk menangis. Tp dia tak dtg. Padahal dia janji nk dtg pkaikn aku inai petang tu. Allahuakbar aku masih tk nampak petunjuk dr Allah.
Dipendekkan cerita, majlis nikah aku berjalan lancar dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri kepada lelaki yang aku cintai. Kawan baik aku still tak smpai. Seelokknya aku dh sah menjadi isteri barulah kawan baik aku sampai. Seminggu selepas kahwin, aku jumpa akk yg berubat aku. Aku nak tahu siapa dalang semua ni. Aku tak sedap hati. Dan dia cuma cakap, bau yg busuk sebelum aku kawhin tu sbb org tu datang bawa benda tu. And org tu tk dpt dtg sebelum aku nikah sbb dia psang pdinding untuk aku hari nikah aku. Sbb tu selesai majlis bru org tu boleh sampi. Berdesup darah aku ke kepala. Terus menangis. Allahuakbar. Dia ke kak? Terus aku tnya. Dia cuma senyum.
Aku cuma nak share cerita ni. Pd korg yg bakal kahwin yg ada kawan baik. Berhati2 lah. Aku tak pernah percaya semua ni. Tapi bila jadi pd aku. Aku yakin dia sbb byk benda aku nampak selama ni patutlah dia marah ak balik kampung nak beli cincin tunang dgn bakal suami aku, dia selalu nk ikut kami dating, dia selalu perli ak depan kwn2 lain sbb aku selalu dating, dia selalu gedik depan bakal suami aku. Bila kahwin ingatkn semu surut, tapi tak. Ak sehabis baik blok dia die kt insta and fb. Aku cuba jauhkan diri dr dia. Tp dia masih menghantr mungkin sbb dia nampak aku bahagia dekat pge org lain. Kepada kau wahai sahabat, dunia akhirat aku anggap ko macam kakak sendiri. Kau lembut sopan tudung sgt labuh. Kenapa ko buat aku mcm ni. Di manakah setia persahabtan kita selama 17 tahun ni.
Hati2 dgn kawan baik. Hati-hati. Emm. Siapa ada tempt berubat lagi. Boleh inform. Sy masih nak berubat demi rumahtangga saya. Tq.
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rIL6kT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment