Remaja 13 Tahun Maut Dibaham Buaya Di Bintangor
BINTANGOR: Seorang remaja lelaki maut dipercayai dibaham buaya di Sungai Kampung Kawi di sini petang tadi.
Kejadian dilaporkan berlaku ketika mangsa Andrian Tan, 13, bersama seorang rakan duduk bersantai di gigi air sebelum tiba-tiba terjatuh ke sungai.
Menurut rakannya yang menyaksikan kejadian tersebut, mangsa secara tiba-tiba terjatuh seperti ditarik oleh sesuatu ke dalam air.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, penduduk kampung yang melancarkan operasi mencari dan menyelamat sebaik saja mengetahui kejadian tersebut berjaya menemui mangsa pada jam 7.10 petang, kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.
"Berdasarkan kesan gigitan pada peha sebelah kiri mangsa dan keterangan saksi, mangsa dipercayai diserang buaya ganas," katanya.
"Berdasarkan kesan gigitan pada peha sebelah kiri mangsa dan keterangan saksi, mangsa dipercayai diserang buaya ganas," katanya.
Mayat mangsa diserah kepada pihak perubatan untuk prosedur selanjutnya. - Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qOqsQl
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment