Murid terjun dari tingkat 3, kepala cedera & retak tulang leher
KLANG, SELANGOR – Seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Sri Andalas, Klang cedera di bahagian kepala dan retak tulang leher selepas terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah, pagi tadi, lapor Harian Metro.
Murid terjun dari tingkat 3, kepala cedera & retak tulang leher |
Dalam kejadian jam 7.20 pagi tadi, mangsa ditemui terbaring di kaki lima oleh guru sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk mendapatkan rawatan.
ARTIKEL MENARIK: KEJAM! Lelaki Dibelasah & Disiram Dengan Air Panas Kerana Dituduh Jalin Hubungan Dengan Isteri Orang
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, siasatan awal mendapati mangsa tidak hadir ke sekolah selama tiga hari sejak Rabu lalu kerana mengalami sakit telinga.
“Mangsa turut memaklumkan kepada bapanya yang dia tidak mahu hadir ke sekolah hari ini kerana tiada persefahaman dengan rakan sekelas,” katanya.
Mangsa kini dilaporkan stabil dan sedar.
Difahamkan, sebelum kejadian itu, mangsa berada di kelasnya di tingkat tiga bangunan sekolah berkenaan. Mangsa kemudian diarahkan oleh pegawas untuk turun ke dewan untuk menghadiri sesi perhimpunan, namun memaklumkan dia akan turun kemudian.
Siasatan di lokasi kejadian juga menemui satu kerusi di koridor bertentangan kelas yang dipercayai digunakan oleh mangsa untuk terjun.
Polis masih menyiasat motif kejadian dan tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu. – The Reporter
Sumber : Gengviral
The post Murid terjun dari tingkat 3, kepala cedera & retak tulang leher appeared first on Berita Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q393Gn
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment