Selepas Ditinggalkan Oleh Kekasihnya, Peguin Ini Jatuh Cinta Dengan Keratan Anime
Seekor burung penguin di Zoo Tobu di Miyashiro, Jepun, telah mencuri tumpuan di media sosial apabila ia dikatakan jatuh cinta dengan satu keratan anime.
Kisah cinta Grape mula diketahui apabila dia mula merenung dalam ke arah Hululu - satu karekter dalam Kemono Friends yang dicipta berdasarkan penguin Humboldt - yang diletakkan di dalam bahagian penguin di zoo berkenaan.
Namun, staf zoo berkenaan memberitahu BuzzFeed bahawa kehidupan cinta Grape bukan satu kisah yang menggembirakan. Grape dibawa ke zoo berkenaan 10 tahun yang lalu berpasangan dengan seekor lagi penguin betina bernama Midori.
Bagaimanapun, Midori sanggup meninggalkan Grape, 20 tahun, untuk berpasangan dengan seekor penguin yang lebih muda. Sejak ditinggalkan, Grape mula menjauhkan diri dari kumpulan penguinnya.
Biarpun sukar untuk 'mengesahkan' perasaan cinta Grape kepada Hululu, staf di zoo berkenaan berkata tabiat Grape yang suka datang ke tempat yang sama mencadangkan ia tertarik kepada Hululu.
"Grape mula datang ke kawasan itu sejak kami pasang keratan terbabit," kata penjaga zoo berkenaan. "Ia mungkin tersalah anggap keratan itu adalah staf, tetapi apa yang pasti dia pergi ke tempat berkenaan kerana tertarik kepada sesuatu."
Malah, hubungan antara Grape dan Hululu juga telah dirasmikan minggu lepas, apabila Grape bergambar dengan Ikuko Chikuto, artis yang memainkan suara Hululu.
— 築田行子*フルル (@ckik195) May 20, 2017Kisah cinta antara Grape dan Hululu itu menjadi inspirasi kepada orang ramai khususnya di Jepun. Sejak kisah Grape itu viral, banyak lukisan digital yang memaparkan kisah cinta pasangan itu dimuat naik di Internet.
birdcheese.tumblr.com |
— [email protected] (@clernnn) April 30, 2017
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q9rEfW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment