Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bot TLDM hilang: Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sedili muncurah bakti walau tidak diminta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bot TLDM hilang: Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sedili muncurah bakti walau tidak diminta

70 nelayan bantu kesan bot TLDM yang hilang
MASTURAH SURADI - 22 MEI 2017
Bidin (kiri) ketika ditemui media di LKIM Tanjung Sedili. – Foto Sinar Harian

KOTA TINGGI - Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sedili di sini mengambil inisiatif sendiri menggerakan lapan buah bot besar dan 10 buah bot kecil yang disertai kira-kira 70 nelayan dalam usaha membantu pihak berkuasa mengesan sebuah bot milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kapal Diraja (KD) Perdana yang hilang Sabtu lepas ketika mengusir bot nelayan asing.

Ahli Lembaga Pengarah PNK Sedili, Bidin Sulong berkata, operasi mencari yang digerakkan bermula jam 8.30 pagi itu dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat berkaitan kehilangan bot tersebut menerusi aplikasi WhatsApp dari Pengurus Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Menurutnya, kawasan pencarian yang dilakukan melibatkan 29 batu nautika dari Pulau Aur ke Desaru.

"Kita pihak nelayan mengambil inisiatif sendiri membantu pihak berkuasa dengan menggerakkan nelayan kita yang berada di perairan untuk turut sama mencari kapal berkenaan meskipun tiada bantuan rasmi yang diminta pihak berkuasa.
Nelayan PNK Sedili bersiap sedia untuk turut serta dalam operasi mencari bot TLDM KD Perdana yang hilang Sabtu lepas ketika mengusir bot nelayan asing.

[ARTIKEL BERKAITAN: Bot milik TLDM hilang ketika usir nelayan asing]

"Apabila berlaku kejadian seperti ini, sebagai nelayan kita sering memberikan pertolongan untuk membantu pihak berkuasa kerana kita mempunyai ahli yang sentiasa berada di laut.

"Bot kita lengkap dengan sistem kedudukan global (GPS) dan pencarian yang kita lakukan membabitkan pencarian secara rawak mengikut kaedah nelayan,"katanya kepada media ketika ditemui di Kompleks LKIM Tanjung Sedili di sini.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qchDhj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.