Hi! Welcome Back and Stay Tune! Raja Salman Hos Majlis Makan Tengah Hari Di Riyadh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Raja Salman Hos Majlis Makan Tengah Hari Di Riyadh



RIYADH - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor menghadap Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud di Istana Raja Salman di sini pada Isnin.

Mereka bertemu Penjaga Dua Masjid Suci itu pada pukul 2.30 petang (7.30 malam waktu Malaysia).

Perdana Menteri mengadkan perbincangan dengan Raja Salman sebelum baginda meraikan Najib dan anggota delegasinya pada majlis makan tengah hari.

Delegasi Najib termasuk Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Duta Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Zainol Rahim Zainuddin.

Timbalan Putera Mahkota Arab Saudi, Muhammad bin Salman dan anggota Kabinet Arab Saudi turut hadir.

Najib kini dalam hari terakhir lawatan kerja tiga hari ke Arab Saudi.

Raja Salman, Najib, Presiden Amerika Syarikat (AS), Presiden Donald Trump dan lebih 50 pemimpin Arab dan Islam menghadiri Sidang Kemuncak Negara Arab-Islam-AS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Raja Abdulaziz di sini pada Ahad.

Raja Salman berkunjung ke Malaysia akhir Februari lalu untuk lawatan negara empat hari. - Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2q3h4v3

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.