Hi! Welcome Back and Stay Tune! Semoga dipermudahkan urusan ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Semoga dipermudahkan urusan ini

KUBUR bekas murid Madrasah Tahfiz Al Jauhar, Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi, Johor, digali semula petang tadi, bagi siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ashmon Bajah ketika dihubungi mengesahkan proses berkenaan yang dilakukan bermula 3 petang.

Beliau berkata, proses berkenaan dibenarkan oleh mahkamah mengikut Seksyen 335 Kanun Prosedur Jenayah.

"Proses ini dibenarkan oleh mahkamah mengikut Seksyen 335 Kanun Prosedur Jenayah bagi tujuan siasatan lanjut kes berkenaan," katanya.

Sementara itu, ibu saudaranya, Dzuraidah Ahmad juga mengesahkan perkara berkenaan.

"Memang benar kubur Mohamad Thaqif Amin digali semula petang tadi dengan disaksikan beberapa ahli keluarga bagi membolehkan sampel kaki arwah diambil untuk tujuan siasatan lanjut.

"Selain pihak hospital, polis dan pihak mahkamah turut berada di lokasi ketika proses menggali kubur arwah dilakukan," katanya.

Allahyarham Mohamad Thaqif Amin dikatakan dipukul dengan paip getah pada tapak kakinya sehingga menyebabkan kecederaan yang mana kedua-dua belah kakinya dipotong pada 21 April lalu, dipercayai akibat jangkitan kuman.

Tangan kanannya yang turut dipercayai dijangkiti kuman sepatutnya dipotong bagi menyelamatkan nyawanya pada pagi 26 April.

Bagaimanapun, pembedahan itu terpaksa ditangguhkan kerana keadaan jantungnya tidak stabil sebelum kanak-kanak berusia 11 tahun itu meninggal dunia jam 2.05 petang di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rvI4QC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.