Hi! Welcome Back and Stay Tune! 3 Bahan Dapur Ini, Boleh Jadi Penawar Rambut Gugur, Uban & Lambat Panjang, Buat Sendiri Di Rumah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

3 Bahan Dapur Ini, Boleh Jadi Penawar Rambut Gugur, Uban & Lambat Panjang, Buat Sendiri Di Rumah

3 Bahan Dapur Ini, Boleh Jadi Penawar Rambut Gugur, Uban & Lambat Panjang, Buat Sendiri Di Rumah

Perkara paling stress dalam dunia orang perempuan, setiap kali menyapu lantai, bergumpal-gumpal rambut gugur yang dapat anda kumpulkan. Susahnya hati. Dalam pantang mahupun selepas berpantang, rambut semakin gugur dengan banyaknya.

Gunting rambut bagi pendek, sudah.. Tukar kepada syampu kuatkan akar rambut pun sudah. Tapi tak juga berkesan.

Ada juga yang alami uban masa usia masih muda atau rambut lambat nak panjang. Semua masalah ini boleh sebabkan anda stress.

Cuba praktikkan petua alami yang dikongsikan oleh Puan Sarifa Redzuan II, Cikgu Spa Bengkel Fast Track Ala Hotel Lima Bintang (Jangka Pendek) ini. Cara buatnya pun mudah saja.

Bahan-bahan

Segenggam daun kari

Segenggam daun inai

10ml minyak kelapa

Caranya

Kisar semua bahan ini bersama yogurt kosong. Masukkan dalam peti sejuk.

Kedah Rawatan Di Rumah

1. Sebanyak 2-3 hirisan lemon ditonyoh ke seluruh kulit kepala.

2. Gunakan bahan yang dikisar dan dah disimpan dalam peti sejuk itu, lumur ke seluruh kepala sambil mengurut kulit kepala.

3. Selepas itu, pakai shower cap biarkan selama 30 minit ke 1 jam.

4. Cuci dengan air dingin.

5. Selesai cuci gunakan sikat kayu bergigi rapat dan sikatlah rambut untuk membuang hampas yang masih terlekat di rambut di samping melancarkan peredaran darah.

Manfaat Daun Kari Yang Wajib Anda Tahu

1. Menggalakkan pertumbuhan rambut

2. Menguatkan akar rambut

3. Membantu mengurangkan keguguran rambut

4. Membantu mengatasi masalah uban

5. Memekatkan warna dan melebatkan rambut

6. Membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala dan kelemumur

7. Mengelakkan dari rambut bercabang dan kering

Sumber: FB Sarifa Redzuan II via Mingguan Wanita


 



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rPYpSC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.